Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_kredit Kementerian Dalam Negeri

Kerajaan Tak Berhasrat Hadkan Umur Untuk Akses Media Sosial – Fahmi

Diterbitkan Januari 23, 2025 oleh Amalina Athman

Kerajaan buat masa ini tidak berhasrat untuk mengikut langkah negara lain yang mengehadkan akses dalam talian berdasarkan had umur, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Sebaliknya, beliau berkata Malaysia akan mengambil pendekatan yang lebih seimbang dalam menangani isu keselamatan dalam talian, terutamanya yang melibatkan kanak-kanak.

Sebagai contoh ramai yang bertanya adakah kerajaan berhasrat untuk mengikuti jejak langkah Australia untuk mengekang had umur 16 tahun untuk akses ke media sosial. Kita pada waktu ini tidak berhasrat untuk mengikut bulat-bulat apa yang dilakukan oleh mana-mana negara lain, tetapi kita akan imbangi mengambil kira latar belakang sosio-budaya dan juga landskap perundangan dan kawal selia sedia ada dalam negara kita.

Australia pada November tahun lalu telah meluluskan Rang Undang-Undang untuk mengharamkan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak bawah usia 16 tahun.

Langkah itu sekali gus menetapkan piawaian bagi negara lain untuk turut serta dalam usaha global bagi mengawal kuasa teknologi.

Dalam pada itu, Fahmi berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terus diminta untuk memperkukuh hubungan antarabangsa dengan badan kawal selia di negara lain, bagi mengatasi isu jenayah dalam talian yang semakin membimbangkan.

Berkenaan metodologi untuk mengimbangi kebolehcapaian Internet dan keselamatan dalam talian, beliau berkata walaupun terdapat beberapa permasalahan, namun pihaknya akan terus melaksanakan advokasi agar lebih ramai cakna terhadap isu berkenaan.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Indonesia Rancang Tetapkan Had Umur Minimum Untuk Akses Media Sosial
  • 4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia
  • Belum Pun Sebulan, Lebih 18 Ribu Kandungan Telah Diturunkan Dari Media Sosial

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY