Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia

Diterbitkan Januari 20, 2025 · Dikemas kini Januari 20, 2025 oleh Amalina Athman

Sebanyak 4 platform media sosial dikenal pasti sebagai pilihan utama yang sering digunakan oleh scammer untuk melakukan penipuan dalam talian.

Platform tersebut ialah Facebook, TikTok, WhatsApp, dan Telegram, yang menyaksikan jumlah penipuan mencecah jutaan ringgit.

Perkara itu didedahkan oleh Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

“Bagi tahun 2023, jumlah penipuan melalui Facebook sahaja dianggarkan mencecah RM500 juta. Setakat ini, maklumat terkini masih belum diperoleh tetapi secara keseluruhannya jumlah itu jauh lebih besar. Menurut maklumat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, terdapat lebih kurang 14 jenis penipuan yang dilakukan melalui media sosial…terdapat juga jenayah scam dalam bentuk panggilan telefon dan bersemuka.”

Mengulas lanjut, Fahmi berkata populariti empat platform media sosial tersebut dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi pendorong utama penjenayah untuk melakukan penipuan, memandangkan ramai pengguna mudah terpedaya.

Beliau memaklumkan bahawa kempen kesedaran secara besar-besaran akan dilaksanakan dalam masa terdekat, bermula di peringkat sekolah.

Selain itu, Fahmi berkata beberapa langkah telah diambil untuk menangani isu tersebut.

Antaranya termasuk melesenkan platform media sosial, mengetatkan peraturan serta memperkenal takrif baharu jenayah penipuan menerusi pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia yang telah diluluskan dalam sidang Dewan Negara baru-baru ini.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • MCMC Terbitkan Kod Tatalaku (Amalan Terbaik) Untuk Penyedia Perkhidmatan Pesanan Internet Dan Media Sosial
  • Kempen Keselamatan Dalam Talian Akan Dilaksanakan Di Semua Sekolah - Fahmi
  • Meta Dalam Proses Akhir Peroleh Lesen Media Sosial - Fahmi

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY