Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
social media _iphone 16 pro wiser

Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun

Diterbitkan November 29, 2024 oleh Amalina Athman

Australia kini meluluskan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, menetapkan penanda aras bagi bidang kuasa di seluruh dunia dengan salah satu peraturan paling ketat yang menyasarkan gergasi teknologi.

Undang-undang tersebut diluluskan oleh ahli parlimen Australia pada Khamis, dengan matlamat melindungi kesihatan mental kanak-kanak dalam talian.

Peraturan baharu itu dijadualkan berkuat kuasa dalam tempoh 12 bulan, dengan percubaan kaedah penguatkuasaan akan bermula pada Januari 2025.

Ini termasuk mengambil langkah yang munasabah untuk menghalang kanak-kanak yang belum mencapai umur minimum daripada mempunyai akaun. Kanak-kanak yang melanggar larangan ini kelak tidak akan dikenakan hukuman, begitu juga ibu bapa mereka. Sebaliknya, tanggungjawab terletak sepenuhnya pada penyedia platform.

Walaupun platform tertentu belum dinamakan dalam undang-undang, peraturan itu dijangka terpakai kepada pengguna seperti Facebook, Instagram, Snapchat dan TikTok, menurut Perdana Menteri Australia Anthony Albanese. Platform yang digunakan untuk pendidikan, termasuk YouTube, akan dikecualikan, begitu juga aplikasi pemesejan seperti WhatsApp.

Kami mahu kanak-kanak di Australia menikmati zaman kanak-kanak mereka, dan kami mahu ibu bapa tahu bahawa kerajaan sentiasa menyokong mereka.

Perundangan itu tidak menyatakan bagaimana syarikat teknologi akan menguatkuasakan larangan tersebut, tetapi mereka yang gagal berbuat demikian akan berdepan denda sehingga A$49.5 juta (~RM142.9 juta).

Berkaitan

  • Australia Haramkan TikTok Pada Peranti Milik Kerajaan
  • Platform Media Sosial, Pemesejan Dengan Minimum 8 Juta Pengguna Perlu Mohon Lesen Mulai 1 Ogos
  • Ini Sebab Kenapa Kerajaan Wujudkan Lesen Pemberi Perkhidmatan Internet Dan Media Sosial
  • Ini 7 Naik Taraf Baharu Pada HONOR X9c 5G Tapi Harga Masih Sama Macam Dulu

Sumber: The Verge

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY