Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_kementerian komunikasi januari 2025

Belum Pun Sebulan, Lebih 18 Ribu Kandungan Telah Diturunkan Dari Media Sosial

Diterbitkan Januari 22, 2025 · Dikemas kini Januari 22, 2025 oleh Amalina Athman

Sebanyak 18,785 kandngan yang melanggar undang-undang negara di pelbagai platform media sosial telah diminta diturunkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sejak 1 Januari lepas.

Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata daripada jumlah itu, 84% merupakan kandungan berkaitan judi dalam talian dan penipuan (scam), 5% membabitkan buli siber, manakala 4% meliputi iklan produk yang tidak dibenarkan.

Kita tengok memang judi dan scam ini adalah kandungan kategori terbesar di platform media sosial seperti Facebook yang MCMC minta turunkan, walaupun kita sudah bekerjasama dengan baik tetapi platform berkenaan (media sosial) masih membenarkan aktiviti jenayah ini berlaku. Jadi, setelah dilesenkan kita akan minta supaya mereka mengenakan sekatan tertentu terhadap kandungan tertentu di platform mereka.

Dalam perkembangan lain, Kelantan menjadi lokasi pertama bagi siri Jelajah Kempen Keselamatan Dalam Talian, yang merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi menerusi MCMC bagi meningkatkan tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan dalam talian.

Mengulas lanjut, Gahmi berkata berdasarkan rekod Polis Diraja Malaysia (PDRM),
jumlah kes jenayah dalam talian pada tahun 2024 adalah sebanyak 35,368 dengan nilai kerugian berjumlah lebih RM1.5 bilion, berbanding 34,495 kes dengan kerugian RM1.22 bilion pada 2023.

Berkaitan

  • Ini Cara vivo Hasilkan Telefon Nipis 7mm Dengan Bateri 5500mAh
  • Meta Dalam Proses Akhir Peroleh Lesen Media Sosial - Fahmi
  • Kerajaan Pahang Akan Bangunkan Pusat Data AI
  • 4 Platform Media Sosial Ini Jadi Pilihan Utama Scammer Lakukan Penipuan Dalam Talian Di Malaysia

Sumber: BERNAMA

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
  • Sarawak Energy Lancar 'Seri Batang Ai' - Bot Elektrik Pertamanya Dengan Panel Solar
  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
©2026 WISER.MY