Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
featured media sosial

Indonesia Rancang Tetapkan Had Umur Minimum Untuk Akses Media Sosial

Diterbitkan Januari 15, 2025 ยท Dikemas kini Januari 15, 2025 oleh Amalina Athman

Indonesia merancang untuk mengeluarkan peraturan yang menetapkan umur minimum bagi penggunaan media sosial, sebagai langkah melindungi kanak-kanak.

Rancangan itu dibuat susulan keputusan Australia yang meluluskan larangan penggunaan media sosial bagi kanak-kanak di bawah umur 16 tahun, dengan denda dikenakan terhadap penyedia platform seperti Meta dan TikTok sekiranya gagal menghalang kanak-kanak mengaksesnya.

Bagaimanapun, Menteri Komunikasi Indonesia Meutya Hafid tidak menyebut umur minimum yang akan ditetapkan di negara itu.

Kami membincangkan cara melindungi kanak-kanak dalam ruang digital. Presiden berkata untuk meneruskan rancangan ini. Beliau sangat menyokong bagaimana perlindungan kanak-kanak seperti ini akan dilaksanakan di ruang digital kita.

Akses Internet di Indonesia, sebuah negara dengan populasi sekitar 280 juta orang, mencapai 79.5% tahun lalu, menurut tinjauan yang melibatkan 8,700 orang oleh Persatuan Penyedia Perkhidmatan Internet Indonesia.

Tinjauan itu menunjukkan 48% kanak-kanak di bawah umur 12 tahun mempunyai akses Internet, dengan sesetengah responden dalam kumpulan umur itu menggunakan Facebook, Instagram dan TikTok.

Kajian juga menunjukkan bahawa akses Internet adalah 87% dalam kalangan pengguna “Gen Z”, iaitu mereka yang berumur antara 12 hingga 27 tahun.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Australia Luluskan Larangan Media Sosial Untuk Remaja Bawah 16 Tahun
  • Telegram Penyedia Ketiga Terima Lesen Media Sosial - Fahmi
  • Jualan iPhone 16 Masih Dihalang Di Indonesia, Ini Sebabnya

Sumber: Reuters

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY