Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Amirudin Shari 29 Julai 2026_facebook

Kerajaan Selangor Akan Bantu 400 Pekerja Terjejas Akibat Penutupan Kilang Panasonic

Diterbitkan Julai 29, 2026 oleh Amalina Athman

Kerajaan Negeri Selangor dijangka menerima maklumat terperinci berhubung nasib kira-kira 400 pekerja yang dijangka terjejas susulan penutupan operasi kilang pengeluaran televisyen oleh Panasonic AVC Networks Kuala Lumpur Malaysia Sdn Bhd (PAVCKM).

Memetik laporan Bernama, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata langkah itu akan membolehkan intervensi sewajarnya dilaksanakan menerusi kerjasama Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor.

“Kita akan dapatkan maklumat itu daripada PERKESO dan JTK Selangor untuk melihat intervensi yang boleh dilakukan termasuk menyalurkan mereka ke kilang pembuatan atau sektor lain serta menyediakan latihan keusahawanan jika diperlukan. Selain itu, platform Karnival Jelajah JobCare Selangor akan dimanfaatkan bagi menawarkan peluang pekerjaan baharu,” katanya.

Beliau berkata langkah penstrukturan semula syarikat itu menyaksikan pengeluaran televisyen akan dihentikan pada September ini, manakala pengeluaran produk audio berjenama Technics akan berakhir pada penghujung Februari 2027 sebelum dipindahkan ke sebuah lagi syarikat dalam Panasonic Group.

Amirudin menegaskan pihaknya komited memastikan setiap pekerja yang terlibat mendapat sokongan peralihan kerjaya serta akan membantu mengurangkan impak sosial ke atas mereka.

Terdahulu, Panasonic Malaysia Sdn Bhd (Panasonic) mengumumkan penutupan operasi pengeluaran bagi kedua-dua produk berkenaan, yang dijangka menjejaskan kira-kira 400 pekerja menjelang Mac 2027.

Berkaitan

  • Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan
  • TCL Akan Ambil Alih 100% Pegangan Sony EMCS Malaysia
  • Kilang TV Panasonic Di Malaysia Akan Ditutup, 400 Pekerja Terjejas

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
  • CelcomDigi Meterai Kerjasama 15 Tahun, Bakal Sediakan Sambungan Gentian Optik Di Kulim Hi-Tech Park
  • OpenAI Akan Satukan Had Penggunaan ChatGPT Dan Codex Mulai Disember
  • Maklumat Pelanggan Mungkin Terjejas Susulan Insiden Siber Amadeus - Malaysia Airlines
  • Pasport Malaysia 10 Tahun Kini Boleh Diperbaharui Melalui MyOnline Passport
©2026 WISER.MY