Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan

Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan

Diterbitkan Februari 26, 2026 ยท Dikemas kini Februari 26, 2026 oleh ariff bukhari

Bekas raja plasma TV, Panasonic mengumumkan akan berhenti menghasilkan televisyen mereka sendiri.

Ia selepas bermula 2026, syarikat China Skyworth akan mengambil alih bukan sahaja pembuatan, tapi meliputi pemasaran dan penjualan TV berjenama Panasonic di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat.

Namun, Panasonic tetap terlibat dalam pembangunan bersama model OLED premium serta memastikan kawalan kualiti.

Berakhirnya Sebuah Era, Produksi TV Panasonic Ditamatkan

Syarikat itu juga menyatakan komitmen untuk terus menyokong semua TV yang dijual mereka sehingga Mac 2026, termasuk model baharu yang akan tersedia pada April nanti.

Keputusan ini menandakan berakhirnya penguasaan Jepun dalam industri TV selepas Panasonic pernah menguasai lebih 40% pasaran plasma pada 2010.

Namun, persaingan LCD dan kerugian besar memaksa mereka keluar daripada pasaran plasma pada 2014, diikuti penarikan diri dari pasaran AS pada 2016.

Langkah ini mencerminkan trend syarikat Jepun lain seperti Sharp, Toshiba dan Sony yang turut berundur, sekali gus menyaksikan industri TV semakin didominasi pengeluar dari Korea dan China.

Berkaitan

  • Bukan Gimik, Kualiti Bunyi Huawei FreeClip 2 Ni Betul-Betul Padu
  • Edisi Khas ASUS Republic of Gamers x Kojima Productions Kini Dibuka Untuk Pra-Tempahan
  • TM Tamatkan Kontrak Borong 5G Dengan DNB

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
©2026 WISER.MY