Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

TCL Akan Ambil Alih 100% Pegangan Sony EMCS Malaysia

Posted on April 1, 2026April 1, 2026

Sony kini mengesahkan perjanjian muktamad bagi kerjasama strategik dalam perniagaan hiburan rumah bersama TCL. Di bawah perjanjian ini, TCL akan membayar kira-kira 75.4 bilion yen (~RM1.92 bilion) bagi memperoleh pegangan 51% dalam usaha sama baharu yang dinamakan Bravia Inc., manakala Sony akan memegang baki 49%.

Melalui penstrukturan ini, Bravia Inc. akan mengambil alih perniagaan hiburan rumah Sony, merangkumi pembangunan dan reka bentuk produk, pembuatan, jualan dan logistik, perkhidmatan pelanggan bagi produk seperti TV pengguna (Bravia), paparan panel rata B2B (B2B Bravia), paparan LED B2B, projektor, dan peralatan audio rumah seperti sistem teater rumah serta komponen audio.

Dalam masa sama, perubahan ini turut memberi kesan kepada operasi di Malaysia. Sony akan memindahkan 100% pegangan ekuiti dalam Sony EMCS Malaysia, iaitu anak syarikat yang bertanggungjawab bagi fungsi pembuatan produk hiburan rumah Sony, kepada TCL.

Bagi satu lagi anak syarikat pembuatan di China, Shanghai Suoguang Visual Products, perbincangan masih diteruskan berhubung kemungkinan pemindahan keseluruhan atau sebahagian pegangan yang dimiliki Sony China kepada TCL.

Seperti dinyatakan sebelum ini, produk syarikat baharu dijangka akan menggunakan jenama “Sony” dan “BRAVIA”.

Setakat ini, pelaksanaan kerjasama ini masih tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa serta beberapa syarat lain. Jika semuanya berjalan lancar, Bravia Inc. dijangka mula beroperasi sekitar April 2027.

{suggest}

 

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress