Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Fahmi Fadzil_f

Kelemahan Dalam Pembangunan Aplikasi MyJPJ Telah Diatasi Sebelum Pelancaran – Fahmi

Diterbitkan Februari 12, 2023 · Dikemas kini Februari 12, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menjelaskan kelemahan keselamatan yang dikesan dalam aplikasi MyJPJ telah berjaya diatasi sebelum dilancarkan pada Jumaat lepas.

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ
  • Laman Web JPJ Dan Aplikasi MyJPJ 'Down'
  • Nampak Pengguna Tak Patuhi Peraturan Jalan Raya? Ini Cara Mudah Buat Aduan

Beliau berkata CyberSecurity Malaysia (CSM) telah mengenal pasti kelemahan tersebut semasa proses pembangunan aplikasi MyJPJ. Perkara itu juga telah dimaklumkan kepada Kementerian Pengangkutan.

Menurut Fahmi, beliau tiada maklumat terperinci mengenai kelemahan itu, namun ianya telah dikesan sebelum digunakan secara meluas. Pihaknya sendiri ada berhubung dengan Menteri Pengangkutan Anthony Loke dan perkara itu telah diselesaikan.

Terdahulu, Anthony Loke telah mengumumkan pemilik kenderaan persendirian tidak lagi diwajibkan untuk mempamerkan cukai jalan atau road tax dan lesen memandu, bermula 10 Februari 2023. Sebaliknya, pengguna hanya perlu menunjukkan dokumen tersebut dalam mod paparan digital melalui aplikasi MyJPJ.

Bagaimanapun, inisiatif itu merupakan pilihan sahaja dan pengguna masih boleh mengekalkannya seperti sebelum ini. Baca di SINI untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pelaksanaan lesen memandu dan cukai jalan secara digital.

Sumber: BERNAMA

Gambar utama: Fahmi Fadzil

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY