Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laman Web JPJ Dan Aplikasi MyJPJ ‘Down’

Laman Web JPJ Dan Aplikasi MyJPJ ‘Down’

Diterbitkan Februari 10, 2023 · Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Amsyar Latif

Susulan pengumuman pelaksanaan langkah digitalisasi lesen memandu Malaysia (LMM) persendirian dan lesen kenderaan motor (LKM) oleh Menteri Pengangkutan awal pagi ini, ramai yang ‘berpusu-pusu’ memuat turun aplikasi telefon dan mengakses laman web JPJ.

Bagaimanapun, sistem JPJ dilihat mengalami gangguan teknikal disebabkan menerima jumlah trafik yang amat tinggi. Baik menerusi aplikasi dan juga laman web rasmi JPJ sendiri.

Screenshot 2023-02-10 at 5.12.45 PM

Daripada percubaan kami, ada yang masih sangkut sewaktu untuk log masuk mahupun mendaftar akaun. Jika sudah berjaya log masuk sekali pun, paparan lesen memandu dan lesen kenderaan motor digital pun tiada. Malah, rata-rata pengguna Malaysia pun meluahkan rasa yang sama.

roadtax di myjpj

Oleh disebabkan itu, kami mengesyorkan anda untuk bersabar seketika dan jangan menanggalkan lagi pelekat ‘road tax’ dari cermin kereta lagi. Melainkan lesen kenderaan motor anda sudah dipaparkan dan ada kod QR atau halaman ini sudah ditangkap layar (screenshot).

Bagi anda yang sudah berjaya masuk ke dalam aplikasi MyJPJ ini nanti, ketahui cara semak eLMM dan eLKM di SINI.

Berkaitan

  • Cara Perbaharui Lesen Secara 'Online'
  • Ini Perbezaan NFC Dan RFID Yang Mungkin Ramai Tidak Tahu
  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • SoftBank Rancang Pelaburan AS$50 Bilion Dalam Teknologi Di Malaysia - PM Anwar
  • Selepas Didenda €200 Juta, Temu Janji Perketat Kawalan Penjualan Produk Tidak Sah
  • iPad mini Baharu Rasmi Dengan Skrin OLED, Cip A20 Pro, Harga Bermula RM2,999
  • Fungsi Navigasi TuJu Alami Gangguan, Pemulihan Dijangka Selesai Selewatnya 6 November
  • Maxis Broadband Bakal Ambil Alih Aset Perniagaan Astro Fibre, Nilai Sehingga RM83 Juta
  • Oracle Keluarkan Kemas Kini Kecemasan Java Susulan Insiden Sijil eMudhra
  • Cara Dapatkan Akses Microsoft 365 Percuma Khas Untuk Pelajar
  • Pekerja Micron Di Taiwan Tolak Cadangan Bonus Baharu, Tuntut Agihan Keuntungan Lebih Adil
©2026 WISER.MY