Selepas pengumuman Menteri Pengangkutan Anthony Loke berkenaan pelekat “road tax” tidak lagi diwajibkan untuk dipamerkan pada kenderaan persendirian, ia telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan pengguna di Malaysia.
Tidak kurang juga ramai yang mula memuat turun dan cuba mengakses aplikasi MyJPJ sehingga tidak dapat menampung trafik yang terlalu tinggi. Namun, adakah aplikasi itu diwajibkan untuk semua pengguna? Bagaimana pula jika kenderaan bukan dipandu oleh pemilik?
{suggest}
Lanjutan pelbagai persoalan yang timbul, YB Anthony telah memberikan pencerahan kepada beberapa soalan di bawah.
1. Adakah wajib untuk muat turun aplikasi “MyJPJ”?
Tidak. Ia adalah salah satu pilihan sahaja bagi mendapatkan salinan digital untuk road tax dan lesen memandu.
2. Kalau tak dapat muat turun aplikasi MyJPJ sekarang dan tak dapat tunjuk digital road tax, adakah anda akan disaman?
Tidak. Pihak penguatkuasa boleh mengesahkan status road tax dan lesen memandu melalui sistem dalam gadget penguatkuasaan.
3. Adakah road tax dan lesen memandu masih perlu dibayar selepas tempoh sah tamat?
Masih perlu dibayar. Hanya pelekat sahaja yang tidak diwajibkan ditampal pada kenderaan.
4. Kalau warga emas yang tak ada telefon pintar atau kawasan tiada internet, macam mana?
Tidak perlu bimbang, digital format bukanlah diwajibkan. Sekiranya perlu, pengguna masih boleh mendapatkan pelekat road tax dan lesen fizikal daripada JPJ.
5. Kalau kereta bukan dipandu oleh pemilik, bagaimana ingin menunjukkan digital road tax?
Digital road tax boleh dicetak dalam kertas dan disimpan dalam kereta. Namun, tidak perlu bimbang jika tidak dapat menunjukkan bukti, ianya bukanlah satu kesalahan. Pihak penguatkuasa boleh menyemak butiran dalam peranti mereka.
6. Mengapa tidak dapat log masuk aplikasi MyJPJ sejak pagi tadi?
YB Anthony memaklumkan seperti mana-mana sistem yang baharu, sudah tentu ramai pengguna ingin mendaftar pada masa yang sama dan seterusnya mendorong trafik yang sangat tinggi.
Bagi segala persoalan lain, ianya akan diterangkan dari semasa ke semasa.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan pihak Kementerian Pengangkutan (MOT) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan cuba memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul dalam proses perubahan ke arah pelaksanaan digitalisasi ini.
Sumber: Anthony Loke