Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Cara Semak Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

Cara Semak Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

Diterbitkan Februari 10, 2023 ยท Dikemas kini Februari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Menteri Pengangkutan Anthony Loke telah mengumumkan pelaksanaan langkah digitalisasi dalam perkhidmatan teras Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), iaitu Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM) Persendirian, bermula hari ini.

Berkaitan

  • Cara Perbaharui Lesen Memandu Secara Dalam Talian
  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Nampak Pengguna Tak Patuhi Peraturan Jalan Raya? Ini Cara Mudah Buat Aduan
  • Ini Yang Anda Perlu Tahu Mengenai Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital

Lanjutan itu, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau aplikasi MyJPJ. Dalam erti kata lain, pemilik kenderaan persendirian tidak lagi perlu memaparkan pelekat pada kenderaan masing-masing dan boleh menggunakan mod paparan digital.

Bagi yang tertanya bagaimana cara untuk menyemak lesen memandu atau ‘road tax‘ digital melalui aplikasi MyJPJ, berikut disediakan beberapa langkah mudah.

Sebelum itu, perlu diketahui log masuk ke aplikasi sedang mengalami jumlah trafik yang tinggi dan anda mungkin boleh mengaksesnya kemudian. Ciri baharu yang tersedia dalam aplikasi ini juga masih dalam tempoh percubaan sehingga Mac 2023.

Cara semak lesen memandu atau road tax

1. Buka aplikasi MyJPJ yang boleh dimuat turun melalui App Store, Google Play Store atau Huawei App Gallery.

2. Log masuk ke aplikasi atau daftar akaun baharu.

3. Pergi ke bahagian “Profil”. Kemudian, pilih mod paparan yang diperlukan sama ada “Lesen Memandu” atau “Lesen Kenderaan Motor”.

Cara Semak Lesen Memandu Dan ‘Road Tax’ Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

4. Tatal ke bawah untuk memaparkan kod QR.

Selesai.

Sebagai tambahan, tidak perlu risau jika tiada rangkaian internet. Dimaklumkan, pengguna boleh membuat tangkap layar (screenshot) lesen digital memandu dan kenderaan untuk ditunjukkan kepada pegawai. Jika tiada, pegawai yang bertugas akan menyemak sendiri maklumat anda, secara dalam talian.

Anda juga boleh mengekalkan pelekat pada kenderaan masing-masing dan membawa kad lesen memandu seperti biasa. Bagi menjawab segala persoalan yang timbul mengenainya, lihat di SINI untuk butiran lebih lanjut.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY