Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
jpj aduan

Nampak Pengguna Tak Patuhi Peraturan Jalan Raya? Ini Cara Mudah Buat Aduan

Diterbitkan Februari 10, 2023 oleh Amalina Athman

Sejak Menteri Pengangkutan mengumumkan pelaksanaan digitalisasi untuk lesen memandu dan lesen kenderaan pensendirian, aplikasi MyJPJ telah menjadi tumpuan pengguna di Malaysia, sehingga ianya tidak mampu menampung trafik yang terlalu tinggi.

Tidak hanya mod paparan digital lesen memandu dan kenderaan, aplikasi MyJPJ sebenarnya mempunyai pelbagai lagi ciri yang menarik. Antaranya termasuk membuat aduan bagi kesalahan jalan raya.

Tidak perlu bersusah payah, aduan boleh dilakukan hanya melalui aplikasi MyJPJ. Bagi yang belum tahu, berikut disediakan beberapa langkah mudah untuk membuat aduan.

Berkaitan

  • Mulai Hari ini, Pemilik Kenderaan Persendirian Tak Perlu Lagi Lekat "Road Tax"
  • Cara Semak Lesen Memandu Dan 'Road Tax' Digital Melalui Aplikasi MyJPJ

Cara buat aduan di aplikasi MyJPJ

1. Log masuk ke aplikasi MyJPJ.

2. Di bahagian “Utama”, tatal ke bawah dan pilih “e-Aduan @JPJ” di bawah Perkhidmatan Umum.

e aduan jpj_1

3. Kemudian, pilih aduan yang berkaitan dalam “Senarai Aduan”. Ketika ini, terdapat 9 jenis aduan yang boleh dilakukan. Antaranya termasuk kegagalan mematuhi lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit semasa memandu, dan sebagainya.

4. Seterusnya, isi butiran aduan yang diperlukan termasuk gambar/video atau pautan video, tarikh dan masa kejadian, koordinat, lokasi kejadian, negeri, nombor kenderaan, nombor telefon dan keterangan ringkas mengenai aduan yang dibuat.

e aduan jpj_2
e aduan jpj_4
e aduan jpj_3

5. Setelah selesai mengisi butiran yang diperlukan, tekan “Hantar”.

Itu sahaja langkah yang perlu dilakukan untuk membuat aduan di aplikasi MyJPJ. Dalam menularkan video kesalahan jalan raya di media sosial, anda juga mungkin boleh mempertimbangkan untuk menyalurkan aduan pada saluran yang betul. Semoga bermanfaat.

Tinggalkan komen jika ada sebarang penambahbaikan atau cadangan.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
  • Maxis, U Mobile Dilaporkan Pertimbang Semula Rancangan Penggabungan
  • Google Mudahkan Pemasangan Aplikasi Dari Kedai Pihak Ketiga Di Android, Malaysia Antara Negara Terawal Mulai 1 Disember
  • Syarikat Teknologi Pengiklanan Israel Didakwa Intip Pengguna Starlink
  • Pemilik Dakwa ChatGPT Bantu Temui Semula Fon Telinga Yang Hilang Sepantas 5 Minit
  • ASUS Terus Kuasai Pasaran Monitor OLED Global - Omdia
  • Kastam Gagalkan Cubaan Seludup Cip AI Bernilai RM49.5 Juta Di KLIA
  • 18 Tahun Xperia: Model Pertamanya Guna Windows Mobile, Bukan Android
©2026 WISER.MY