Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kandungan Agama Dijana AI Boleh Mengandungi Kesilapan, Jangan Terima ‘Bulat-Bulat’

Kandungan Agama Dijana AI Boleh Mengandungi Kesilapan, Jangan Terima ‘Bulat-Bulat’

Diterbitkan Jun 25, 2026 ยท Dikemas kini Jun 25, 2026 oleh Amalina Athman

Kandungan yang dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) kini semakin banyak memenuhi media sosial. Selain hiburan dan gaya hidup, AI juga mula digunakan untuk menghasilkan video berbentuk ceramah dan perkongsian ilmu agama.

Namun, kecanggihan teknologi ini turut membuka ruang kepada penyebaran maklumat yang tidak tepat sekiranya kandungan yang dijana tidak disemak terlebih dahulu.

Baru-baru ini, isu tersebut turut dibangkitkan oleh pendakwah dan penulis Khairul Anuar Basri menerusi satu siaran di Facebook. Dalam perkongsiannya, beliau mendakwa menemui pelbagai kesilapan selepas meneliti kandungan yang dimuat naik oleh akaun TikTok menggunakan watak AI dikenali sebagai “Hajar”.

Sehingga artikel ini ditulis, akaun tersebut telah mempunyai lebih 900,000 pengikut dan sekitar 10.2 juta tanda suka, sekali gus menunjukkan kandungannya berpotensi mencapai khalayak yang sangat besar.

Kandungan Agama Dijana AI Boleh Mengandungi Kesilapan, Jangan Terima ‘Bulat-Bulat’

Antara perkara yang dibangkitkan termasuk kesalahan pada bacaan dan ejaan ayat al-Quran, perubahan atau pengguguran perkataan, rujukan surah serta nombor ayat yang didakwa tidak tepat, selain terjemahan yang dikatakan tersasar daripada maksud sebenar. Beliau turut berpandangan kandungan tersebut belum dipastikan kesahihannya dari sudut hadis dan pandangan ulama.

Sebenarnya, perkara seperti ini bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Walaupun AI mampu menghasilkan video dengan wajah, suara dan gaya penyampaian yang kelihatan sangat meyakinkan sehingga ada kalanya sukar dibezakan daripada manusia, teknologi ini masih boleh menghasilkan maklumat yang tidak tepat atau mengandungi kesilapan.

Keadaan ini bukan sahaja boleh berlaku pada kandungan agama, malah turut melibatkan topik lain bergantung pada model AI, data latihan yang digunakan serta arahan (prompt) yang diberikan ketika kandungan tersebut dihasilkan.

Jadi, tidak kira sama ada sesuatu kandungan dihasilkan oleh AI atau manusia, pengguna tidak seharusnya menerima maklumat secara bulat-bulat tanpa membuat semakan terlebih dahulu. Lebih-lebih lagi apabila kandungan tersebut melibatkan petikan ayat al-Quran, hadis, hukum atau pandangan agama yang memerlukan rujukan daripada sumber yang sahih atau pihak yang berkelayakan.

Berkaitan

  • Mantan Mufti WP Perkenal Dua Pegawai Syariah AI
  • Mantan Mufti WP Perkenal InarahConverter Untuk Pengguna Mac
  • Direka untuk Esports, iQOO 15R Janjikan Pengalaman Gaming Mengujakan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY