Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
AI Maktabah Al Bakri_

Mantan Mufti WP Perkenal Dua Pegawai Syariah AI

Diterbitkan Mei 29, 2025 · Dikemas kini Mei 29, 2025 oleh Amalina Athman

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri hari ini memperkenalkan dua pembantu kecerdasan buatan (AI) dinamakan AIDr. Munir dan AIDr. Munirah, yang berperanan sebagai Pegawai Pintar Syariah (PPS) di Maktabah Al-Bakri.

Pegawai Syariah AI_1

Kedua-dua model AI ini dibangunkan hasil kerjasama ChatGPT Plus dan Hedra Studio, yang merupakan pembangun persona tersuai dengan sentuhan tempatan dan patuh syariah.

Menurut Dr. Zulkifli, model AI ini berupaya merumuskan jawapan bagi lebih 9,000 persoalan berkaitan hukum semasa, fatwa kontemporari dan isu fiqh masyarakat, berpandukan pangkalan data yang terdapat dalam aplikasi AI-Inarah.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap jawapan yang diberikan oleh PPS ini adalah berdasarkan pendiriannya dalam hal ehwal agama.

Selain itu, kedua-dua model juga telah diprogramkan untuk mesra media sosial, bagi membolehkan penyampaian ilmu disesuaikan dengan keperluan semasa.

Bagi melihat contoh jawapan Dr. Zulkifli yang telah dirumuskan oleh AIDr. Munirah, rujuk video di pautan INI.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Jemaah Haji Di Masjidil Haram Kini Dibantu Robot AI
  • Golongan Muda Paling Ramai Guna ChatGPT Di Malaysia
  • AI Bakal Ubah Jalan Raya Malaysia, Ini Peranan Korea Selatan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY