Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Inarah Converter_

Mantan Mufti WP Perkenal InarahConverter Untuk Pengguna Mac

Diterbitkan Disember 29, 2025 · Dikemas kini Disember 29, 2025 oleh Amalina Athman

Mantan Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, kini memperkenalkan InarahConverter, aplikasi khusus untuk pengguna Mac yang membolehkan penukaran format fail secara offline atau luar talian.

Inarah Converter_

Aplikasi ini menyokong pelbagai jenis fail termasuk gambar, video, audio dan PDF. Dalam versi terkini, InarahConverter V2 turut menambah ciri khusus untuk PDF, antaranya:

  • Merge PDF – gabungkan beberapa PDF menjadi satu
  • Split PDF – pecahkan PDF mengikut halaman
  • Extract Pages – pilih halaman tertentu sahaja
  • Rotate PDF – pusing halaman 90° atau 180°

Menerusi halaman Threads Dr. Zulkifli, dinyatakan bahawa penggunaan aplikasi ini lebih selamat berbanding penukaran fail dalam talian (online) percuma.

Apabila menggunakan perkhidmatan dalam talian, fail pengguna berisiko dimuat naik ke pelayan (server) yang lokasi dan pengurusannya tidak diketahui. Pengguna juga tidak pasti siapa yang boleh mengakses fail, bila data akan dipadam, serta risiko data dikumpul atau dijual pihak ketiga.

Dengan InarahConverter, semua proses berlaku terus dalam Mac pengguna, tanpa muat naik, penjejakan dan risiko kebocoran data.

Screenshot 2025-12-29 at 12.02.24 PM
Inarah Converter_3

Pengguna Mac boleh memuat turun InarahConverter dan mendapatkan License Key percuma dengan memberikan maklum balas bagi penambahbaikan aplikasi melalui laman alinarah.com.

Buat masa ini, masih belum diketahui bila atau sama ada InarahConverter akan diperkenalkan untuk pengguna Windows.

Berkaitan

  • Hukum Guna Bantuan AI Untuk Siapkan 'Assignment'
  • Mantan Mufti WP Perkenal Dua Pegawai Syariah AI
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY