Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
pc game

Kajian Dedah 92% Pemain PC Masih Main ‘Game’ Lama

Diterbitkan Mac 21, 2025 oleh Amsyar Latif

Newzoo, sebuah firma analisis pasaran permainan video, melaporkan bahawa PC gaming semakin berkembang dengan jumlah pemain meningkat daripada 873.5 juta pada 2023 kepada 907.5 juta pada 2024. Data dari kajian tahunan mereka menunjukkan bahawa PC mengatasi konsol, yang hanya mencatatkan 653.1 juta pemain pada 2024.

Menariknya, majoriti pemain PC lebih cenderung bermain permainan lama. Sepanjang 2024, 67% daripada jumlah masa bermain dihabiskan pada permainan berusia enam tahun atau lebih, manakala 25% lagi pada permainan berusia dua hingga lima tahun. Hanya 8% masa digunakan untuk permainan yang berusia kurang daripada dua tahun.

Newzoo turut mendedahkan bahawa antara permainan lama yang paling banyak dimainkan ialah Counter-Strike: Global Offensive / Counter-Strike 2 (7.1%), League of Legends (6.4%), Roblox (6.2%), Dota 2 (5.8%), dan Fortnite (5.4%).

Fenomena ini menjelaskan mengapa syarikat permainan begitu obses dengan model perkhidmatan permainan secara langsung — jika berjaya, ia menjadi sumber pendapatan berterusan.

Ia mirip yang ditawarkan di telefon pintar. Permainan percuma tetapi masih dimainkan ramai. Pada masa sama tetap dapat menjana pendapatan yang tinggi.

Namun, banyak percubaan baharu oleh pembangun menerusi permainan dengan konsep sama gagal kerana pemain lebih setia kepada permainan yang sudah mereka minat. Selain itu, platform PC menawarkan akses percuma atau harga murah untuk permainan lama, menjadikannya lebih menarik berbanding judul baharu.

Walaupun industri sering memberi tumpuan kepada permainan terkini, data Newzoo membuktikan bahawa kebanyakan pemain lebih gemar kembali kepada permainan lama yang mereka selesa dan nikmati.

Sebelum ini pun, data menunjukkan yang pemain di Steam menghabiskan masa bermain ‘game’ lama pada 2024.

Berkaitan

  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Selepas 'Game' Doom, Pelajar Ini Jadikan Linux Berfungsi Dalam Fail PDF
  • Kajian Dedah Yang 'Gamer' Kini Luang Masa Lebih Singkat Bermain 'Game'
  • Kajian: Pemain 'Counter-Strike' Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan

Rujukan: PC Gamer

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY