Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Linux PDF

Selepas ‘Game’ Doom, Pelajar Ini Jadikan Linux Berfungsi Dalam Fail PDF

Diterbitkan Februari 14, 2025 · Dikemas kini Februari 14, 2025 oleh Amsyar Latif

Seorang pelajar sekolah menengah dan pengatur cara, “Ading2210”, sekali lagi mencipta kejutan dalam dunia teknologi dengan berjaya menjalankan sistem operasi Linux di dalam format fail PDF.

Sebelum ini, beliau telah mencipta DoomPDF, iaitu versi permainan Doom yang boleh dimainkan dalam PDF.

LinuxPDF ini beroperasi menggunakan pelagak (emulator) RISC-V berasaskan TinyEMU, dengan kawalan melalui papan kekunci maya atau input langsung dari pengguna. Walaupun prestasi agak perlahan, projek ini membuktikan keupayaan JavaScript dalam PDF melebihi sekadar paparan teks dan gambar.

Fail PDF dalam pelayar seperti Chrome, Edge, dan Opera boleh menjalankan kod JavaScript dalam versi terhad.

Ading2210 menemui cara menggunakan Emscripten versi lama untuk menyusun kod C dalam format PDF, membolehkan Linux berfungsi walaupun dengan kelewatan ketara – but sistem boleh mengambil masa sehingga satu minit.

Walaupun LinuxPDF bukan untuk kegunaan praktikal, pencapaian ini membuka ruang kepada eksplorasi baharu dalam teknologi PDF.

Bagi mereka yang mencari alternatif Linux yang lebih berguna, Ading2210 juga membangunkan ChromeOS RMA Shim Bootloader, membolehkan Debian berjalan di Chromebook tanpa mengubah perisian tegar.

Sumber kod untuk LinuxPDF boleh didapati di GitHub pembangun ini, dan pengguna boleh mencubanya di pelayar Chromium.

Berkaitan

  • Pencipta Linux Muak Dengan Masalah Pepijat Dari Perkakasan Intel, AMD Dan NVIDIA
  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Jepun Lancar Superkomputer Kuantum Hibrid Pertama Di Dunia
  • Saintis Cipta Peranti Yang Bolehkan Anda Rasa Makanan Dalam Dunia Maya

Sumber: Techspot

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY