Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian Dedah Yang ‘Gamer’ Kini Luang Masa Lebih Singkat Bermain ‘Game’

Kajian Dedah Yang ‘Gamer’ Kini Luang Masa Lebih Singkat Bermain ‘Game’

Diterbitkan Februari 25, 2025 · Dikemas kini Februari 25, 2025 oleh Amsyar Latif

Dalam dunia hiburan yang penuh persaingan, ramai pemain kini semakin kurang meluangkan masa untuk bermain game.

Kajian terbaru menunjukkan bahawa dua pertiga pemain konsol dan PC bermain kurang daripada 10 jam seminggu, malah hampir 40% hanya bermain di bawah 5 jam.

Permainan AAA yang mengambil masa bertahun-tahun untuk dibangunkan kini berdepan cabaran kerana kebanyakan pemain tidak mampu menghabiskan game yang memerlukan 100 jam masa bermain.

PC dan konsol gamer

Kajian juga menunjukkan semakin panjang sesuatu game, semakin rendah kadar pemain yang menamatkannya.

Bagi menyesuaikan diri dengan trend ini, beberapa studio mula menawarkan pilihan jalan cerita yang lebih pendek, seperti Avowed, yang boleh diselesaikan dalam 15 jam atau diteroka sepenuhnya dalam 40 jam lebih.

Pendekatan ini memberi fleksibiliti kepada pemain yang sibuk dan mengurangkan kos pembangunan game yang semakin mahal.

Industri permainan kini perlu menyesuaikan diri – bukan semua game perlu sebesar RPG 100 jam.

Dengan lebih banyak pilihan fleksibel, game boleh terus relevan walaupun pemain semakin kekurangan masa untuk bermain.

Sebagai seorang gamer tegar, saya bersetuju dengan kajian tersebut. Saya sendiri akan melihat dulu berapa tempoh untuk ‘beat game’ yang saya ingin main.

Jika mengambil masa lama, saya akan ‘skip’ buat sementara waktu. Dengan kehadiran PS Plus dan juga Xbox Game Pass, jujur saya kata yang memang tidak termain kesemua permainan yang ditawarkan.

Kebanyakan pemain yang minat dengan cerita atau permainan ‘single player’ seperti saya, permainan itu tidak perlu mengambil masa terlalu lama untuk dihabiskan.

Pembangun kena ingat, ‘gamer’ yang dewasa memang mampu untuk membeli apa sahaja permainan tetapi kami tidak mempunyai banyak masa untuk bermain.

Berkaitan

  • Siri Netflix Arcane Cukup Berjaya, Tapi Tak Menguntungkan Riot Games
  • Kajian Dapati Yang Main 'Game' Boleh Tingkatkan Kesihatan Mental
  • CEO Xbox Dedah Kenapa Xbox Mahu Jual 'Game' Di PlayStation 5
  • Tablet Terbaru Huawei Ini Ada Kuasa Produktiviti Setanding PC, Ini Rahsianya

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY