Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Kajian: Pemain ‘Counter-Strike’ Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan

Kajian: Pemain ‘Counter-Strike’ Bertindak Lebih Pantas Dalam Buat Keputusan

Diterbitkan Februari 28, 2025 · Dikemas kini Februari 28, 2025 oleh Amsyar Latif

Kajian dari Universiti Sheffield mendapati bahawa permainan video ‘Counter-Strike’ boleh meningkatkan keupayaan kognitif pemain, terutama dalam membuat keputusan dengan lebih pantas dan tepat. Penyelidikan ini membandingkan pemain dari pelbagai peringkat kemahiran – dari pemula hingga profesional e-sukan – dan mendapati bahawa pemain mahir bertindak balas 88.94 milisaat lebih pantas dalam tugas membuat keputusan.

Menurut Profesor Claudia von Bastian, permainan seperti Counter-Strike menuntut pemprosesan kognitif yang tinggi, termasuk kemahiran multitugas, pemahaman situasi yang cepat, dan keputusan pantas. Kajian ini juga mencadangkan bahawa manfaat ini boleh diaplikasikan dalam bidang kerja bertekanan tinggi seperti perubatan, kawalan trafik udara, dan kewangan.

Kini, penyelidik dari Sheffield bekerjasama dengan Universiti Geneva untuk mengkaji kesan permainan League of Legends terhadap psikologi pemain. Walaupun genre ini mempunyai ratusan juta pemain, kajian mengenai kesan kognitifnya masih terhad.

Penyelidikan ini mencabar tanggapan lama bahawa permainan video hanya membuang masa, sebaliknya menunjukkan bahawa ia boleh meningkatkan kemahiran berfikir, tumpuan, dan pembelajaran.

Tambahan lagi, kebanyakan permainan e-sukan, sememangnya memerlukan pemain untuk lebih fokus dan cepat membuat keputusan, terutama permainan itu melibatkan mod ‘ranked’.

Sebagai selingan, sebelum ini, terdapat juga kajian yang mendapati bahawa bermain ‘game’ boleh meningkatkan kesihatan mental.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Kajian Dapati Yang Main 'Game' Boleh Tingkatkan Kesihatan Mental
  • CEO Xbox Dedah Kenapa Xbox Mahu Jual 'Game' Di PlayStation 5
  • Kajian Dedah Yang 'Gamer' Kini Luang Masa Lebih Singkat Bermain 'Game'

Sumber: University of Sheffield

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Universiti Nasional Singapura Bangunkan Skrin Sentuh Dalam Lengan Baju, Didakwa Pertama Di Dunia
  • Yes Dan Ryt Bank Kini Jadi Rakan Penaja Rasmi FAM
  • Tentera Laut AS Berjaya Uji Kawal Dron MQ-25A Dari Kapal Pengangkut Sejauh 3,380km
  • BYD Perinci Pelaksanaan Flash Charging Di Malaysia, DENZA Z9GT Sokong Cas 5 Minit
  • Sony Perkenal Sensor Imej 1mm Untuk Endoskop Pakai Buang
  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Apeiron, Sasar Bawa Pelancong Ke Angkasa Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
©2026 WISER.MY