Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ANPR_plus malaysia_2

JustGO Kini Tersedia Di Seluruh Lebuhraya Utara-Selatan – Turut Sokong 3 Lebuh Raya Lain

Diterbitkan Ogos 20, 2026 ยท Dikemas kini Ogos 20, 2026 oleh Amalina Athman

PLUS kini memperluas penggunaan JustGO ke seluruh Lebuhraya Utara-Selatan (NSE), selain turut menyediakan sokongan di tiga lagi lebuh raya kendalian PLUS iaitu Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE), Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH) dan Lebuhraya LINKEDUA.

Sebelum ini, PLUS mengaktifkan JustGO secara berperingkat di beberapa plaza tol sebagai sebahagian daripada pelaksanaan sistem pembayaran tol terbuka berasaskan Sistem Pengecaman Nombor Plat (ANPR).

Melalui JustGO, pengguna yang telah mendaftar boleh membuat pembayaran tol menggunakan nombor plat kenderaan melalui mana-mana lorong yang tersedia, tanpa perlu menggunakan lorong khusus mengikut kaedah pembayaran sedia ada. Kamera ANPR akan membaca nombor plat kenderaan berdaftar dan memproses bayaran tol melalui kad pembayaran yang dipautkan dalam aplikasi JustGO.

Untuk menggunakannya, pengguna perlu memuat turun aplikasi JustGO di App Store, Google Play atau Huawei AppGallery, mendaftarkan akaun serta kenderaan, kemudian memautkan kad pembayaran.

Bagaimanapun, terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian. Di Plaza Tol Bandar Cassia, JustGO hanya tersedia di lorong RFID yang ditandakan dengan bulatan merah. Sementara itu, sokongan JustGO di Jambatan Pulau Pinang akan diperkenalkan tidak lama lagi, dengan pengumuman lanjut akan dibuat kemudian.

JustGO Kini Tersedia Di Seluruh Lebuhraya Utara-Selatan – Turut Sokong 3 Lebuh Raya Lain

Perluasan ini juga merupakan perkembangan susulan daripada perancangan PLUS sebelum ini untuk memperluaskan pelaksanaan JustGO ke semua plaza tol kendaliannya mulai Ogos 2026.

Berkaitan

  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas
  • Ini Sebab Mengapa OPPO Reno16 Pro Peranti Terbaik Untuk Kaki Vlog
  • PLUS Aktifkan JustGO Di 6 Lagi Plaza Tol - Diperluas Ke Semua Plaza Tol Mulai Ogos

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Kereta Lumba 'Lejen' Ini Kini Boleh Dimainkan Terus Dari Pelayar PC Anda
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY