Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
ANPR_plus malaysia_1

PLUS Aktifkan JustGO Di 6 Lagi Plaza Tol – Diperluas Ke Semua Plaza Tol Mulai Ogos

Diterbitkan Julai 15, 2026 · Dikemas kini Julai 15, 2026 oleh Amalina Athman

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) memperluas pelaksanaan Sistem Pembayaran Tol Terbuka berasaskan Sistem Pengecaman Nombor Plat (ANPR) ke Wilayah Selatan menerusi pengaktifan JustGO di enam lagi plaza tol bermula 15 Julai 2026.

Pengaktifan terbaharu ini melibatkan Lebuhraya Seremban-Port Dickson (SPDH), Lebuhraya Utara-Selatan (NSE) dan Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (LINKEDUA). Enam plaza tol yang terlibat ialah Plaza Tol Mambau dan Lukut di SPDH, Plaza Tol Kempas di NSE, serta Plaza Tol Tanjung Kupang, Lima Kedai dan Perling di LINKEDUA.

Melalui JustGO, pengguna yang telah mendaftar boleh membuat pembayaran tol menggunakan nombor plat kenderaan melalui mana-mana lorong yang tersedia dan tidak lagi perlu menggunakan lorong khusus mengikut kaedah pembayaran sedia ada. Kamera ANPR akan membaca nombor plat kenderaan berdaftar dan memproses bayaran tol melalui kad pembayaran yang dipautkan dalam aplikasi JustGO.

Untuk menggunakan perkhidmatan ini, pengguna hanya perlu memuat turun aplikasi JustGO, mendaftar akaun dan kenderaan, serta memautkan kad pembayaran sebelum melalui plaza tol yang telah diaktifkan.

Sebagai rujukan, JustGO mula diperkenalkan melalui projek rintis awam di sembilan plaza tol di Lebuhraya Utara-Selatan antara Hutan Kampung dan Sungai Dua pada Januari 2026. Pelaksanaannya kemudian diperluaskan ke Plaza Tol Jitra di NSE serta Plaza Tol Lunas dan Kubang Semang di Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) pada Jun 2026.

PLUS Aktifkan JustGO Di 6 Lagi Plaza Tol – Diperluas Ke Semua Plaza Tol Mulai Ogos
Senarai penuh lokasi JustGO yang telah diaktifkan. Foto: PLUS

Dengan pengaktifan terbaharu di Wilayah Selatan, syarikat konsesi lebuh raya itu meneruskan peluasan JustGO dalam rangkaiannya, sebelum pelaksanaan diperluas ke semua plaza tol kendalian PLUS mulai Ogos 2026.

Berkaitan

  • PLUS Perkenal Sistem Pembayaran Tol Guna Pengecaman Nombor Plat, Lorong Bebas
  • vivo X300 FE VS vivo X300 Ultra: Sama DNA ZEISS, Tapi Ini Bezanya Yang Anda Wajib Tahu Sebelum Beli

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Antigravity A1 Pertonton Mod Baharu 'Follow Me' Di Merdeka 118
  • Penduduk Gaza Ubah Sisa Runtuhan Jadi Turbin Angin Buatan Sendiri
  • Peraturan Baharu Jualan Tiket Bas Ekspres Dilaksana Berfasa - Pembelian Melalui Platform Sedia Ada Masih Dibenarkan
  • Kod 2FA Tetap Berfungsi Dalam Mod Pesawat, Ini Sebabnya
  • MyCERT Kesan Trojan Perbankan Android 'BNM Mobile Security' - Curi Maklumat Kad Bank Melalui NFC
  • 3 Game Need for Speed Klasik Kini Boleh Dimainkan Terus Dalam Pelayar Web
  • Cara Dapat Langganan AI Percuma 3 Bulan Melalui Program AI Untuk Rakyat
  • ChatGPT Images 2.6 Kini Tersedia - Sokong GIF, Janaan Imej 50% Lebih Pantas
©2026 WISER.MY