Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
nombor giliran imigresen malaysia

Jabatan Imigresen Malaysia Laksana Ambil Nombor Giliran Melalui Aplikasi Telefon Pintar, Ini Caranya

Diterbitkan Mei 2, 2024 ยท Dikemas kini Mei 2, 2024 oleh ariff bukhari

Mungkin masih ramai yang tidak tahu, Jabatan Imigresen Malaysia sudah pun mula melaksanakan sistem penggiliran yang memberikan anda nombor giliran dengan mudah melalui aplikasi telefon pintar.

Jadi, untuk mengambil nombor giliran bagi berurusan dengan Jabatan Imigresen Malaysia, anda boleh melakukannya terus dari telefon pintar Android atau iOS anda.

Sekali gus anda tidak lagi perlu menunggu lama atau beratur panjang bagi mendapatkan nombor giliran.

Sistem QMS memastikan proses perkhidmatan yang teratur dan lancar di mana anda akan dipanggil pada waktu yang ditetapkan.

Untuk mengakses sistem ini, anda hanya perlu memasang aplikasi Queue Management System (QMS) untuk telefon pintar Android atau iOS dan pilih pilihan Service Providers.

nombor giliran imigresen malaysia

Kemudian, pilih Jabatan Imigresen Malaysia > cawangan yang berkaitan dan dapatkan nombor giliran anda.

Suka diingatkan, pengambilan nombor giliran melalui aplikasi ini hanya untuk permohonan pasport secara jumpa terus (walk-in) sahaja di pejabat Imigresen yang terpilih.

Sistem nombor giliran melalui aplikasi QMS ini dibuka setiap hari bermula jam 6.00 pagi (kecuali cuti umum dan pejabat ditutup).

Untuk info lanjut tentang aplikasi QMS ini, layari laman FB rasmi Jabatan Imigresen Malaysia.

Berkaitan

  • 3 Sebab Telefon Ini 'Tapau' Telefon Bawah RM400 Yang Lain
  • Rekaan Cantik, Harga Menarik, Ini Model Telefon vivo Yang Dicari Ramai Di Malaysia
  • Nak Telefon Sedap Pegang Dan 'Power'? Ini Yang Anda Cari
  • Budak-Budak Pun Boleh Buat, 4 Tips Ambil Gambar Makanan Supaya Nampak Lebih Menggiurkan
  • Bajet RM999 Je, Telefon Ini Bagi 'Spec' Yang Lengkap Untuk Anda
  • Berbekalkan RM2199, Anda Boleh Dapatkan PC Dengan Cip Intel 14th Gen

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY