Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro_Apple

iPhone 18 Pro Mungkin Tidak Lagi Tampil Dengan Rekaan Dua Warna

Diterbitkan November 12, 2025 · Dikemas kini November 12, 2025 oleh Amalina Athman

Model iPhone 18 Pro dijangka tidak lagi mengekalkan rekaan dua warna pada panel belakang seperti iPhone 17 Pro. Sebaliknya, Apple dikatakan akan memilih rekaan yang lebih kemas dan menyeluruh.

Sebagai rujukan, iPhone 17 Pro menggunakan potongan kaca di bahagian panel belakang untuk menyokong pengecasan MagSafe. Perbezaan warna antara rangka aluminium dan potongan Ceramic Shield 2 menjadikan rekaan belakangnya kelihatan seakan dua warna.

Namun, perkara itu dijangka berubah dengan pelancaran iPhone 18 Pro dan iPhone 18 Pro Max, menurut peniris terkenal Instant Digital seperti dilaporkan oleh MacRumors.

Instant Digital iPhone 18 Pro rumors_1

Bagi model generasi seterusnya, Apple dikhabarkan telah menambah baik proses penggantian kaca belakang untuk mengurangkan perbezaan warna antara kaca dan rangka aluminium, sekali gus menghasilkan rekaan yang lebih sekata dan seragam.

Kenyataan itu juga selari dengan khabar angin lain yang menyebut Ceramic Shield akan menampilkan rekaan “sedikit lutsinar”.

Sebelum ini, Instant Digital pernah mendedahkan maklumat Apple dengan tepat, termasuk pilihan warna kuning untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus, serta Titanium Milanese Loop bagi Apple Watch Ultra 2.

Berkaitan

  • Face ID Bawah Skrin Pada iPhone 18 Pro Makin Hampir Jadi Realiti
  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • iPhone 2027 Dilaporkan Bakal Sorok Kamera Hadapan Di Bawah Skrin
  • Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY