Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone Air kamera_3

Jualan iPhone Air Lemah, Apple Mungkin Tangguh Pelancaran iPhone Air 2

Diterbitkan November 11, 2025 · Dikemas kini November 11, 2025 oleh Amalina Athman

Apple dilapor tidak lagi merancang untuk melancarkan iPhone Air generasi kedua tahun depan, selepas model pertama mencatat jualan yang lemah.

Menurut The Information, Apple pada awalnya merancang untuk melancarkan iPhone Air baharu sekitar September 2026 bersama barisan iPhone 18, dengan rekaan lebih ringan dan kapasiti bateri lebih besar. Model baharu itu juga dijangka dilengkapi sistem penyejukan vapor chamber.

Sejak pelancaran iPhone Air pada September lalu, laporan menunjukkan jualannya lemah dan pengeluaran turut dikurangkan. Difahamkan, rantaian pembekal Apple juga mengurangkan jumlah penghantaran serta aktiviti pengeluaran.

iPhone Air diperkenalkan dengan rekaan lebih nipis yang dijangka menarik minat pengguna. Namun, bateri lebih kecil dan hanya satu lensa kamera menjadikannya kurang setimpal dengan harga bermula RM4,999, hanya RM500 lebih murah berbanding versi Pro yang lebih berkuasa.

Dengan perkembangan terbaru ini, siri iPhone pada musim luruh 2026 dijangka hanya menampilkan iPhone 18 Pro, iPhone 18 Pro Max dan model boleh-lipat, manakala iPhone 18 dan 18E mungkin dilancarkan sekitar Mac 2027.

Bagaimanapun, menurut sumber The Information, Apple mungkin masih memperkenalkan iPhone Air baharu seawal musim bunga 2027 dan menilai semula rekaannya sebelum pelancaran.

Baru-baru ini, ura-ura juga mengatakan iPhone Air generasi kedua mungkin hadir dengan dua kamera belakang.

Berkaitan

  • iPhone Air: iPhone Pro Tanpa Kamera Pro, Untuk Siapa Sebenarnya?
  • iPhone Air Kurang Dapat Sambutan, Apple Dilapor Kurangkan Pengeluaran
  • Kami Dah Putus Asa “Dera” vivo V60 Lite 5G Ni
  • iPhone Air 2 Mungkin Hadir Dengan Dua Kamera Belakang

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY