Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone face id_1

Face ID Bawah Skrin Pada iPhone 18 Pro Makin Hampir Jadi Realiti

Diterbitkan Mei 14, 2025 · Dikemas kini Mei 14, 2025 oleh Amalina Athman

Belum pun barisan iPhone 17 diperkenalkan, desas-desus mengenai iPhone 18 Pro yang dijangka hadir tahun depan sudah mula tersebar.

Perkembangan terkini didedahkan oleh Naib Presiden Counterpoint Research, Ross Young, yang terkenal dengan rekod cemerlang dalam membocorkan maklumat berkaitan paparan produk Apple.

Dalam satu hantaran di media sosial hari ini, Young menyatakan CEO OTI Lumionics Michael Helander, telah mengesahkan bahawa telefon dengan Face ID di bawah panel dijangka akan mula dijual pada 2026.

Ini memberikan petunjuk bahawa model iPhone 18 Pro akan hadir dengan sistem Face ID di bawah panel, diikuti oleh jenama dan model lain.

At the SID Business Conference today, OTI Lumionics CEO Michael Helander confirmed that they expect phones with under panel Face ID using their materials to be available for sale in 2026. This suggests that iPhone 18 Pro models will have under panel Face ID with other brands and…

— Ross Young (@DSCCRoss) May 14, 2025

Awal bulan ini, Wayne Ma dari The Information turut melaporkan bahawa model iPhone 18 Pro akan dilengkapi dengan Face ID di bawah skrin.

Menurut laporan tersebut, iPhone 18 Pro hanya akan mempunyai lubang kecil di sudut kiri atas skrin untuk menempatkan kamera hadapan.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Tidak Lagi Dijangka Hadir Dengan Face ID Bawah Paparan
  • Bajet Bawah RM1700, Anda Mungkin Tak Menyesal Beli Redmi Note 14 Pro+ 5G
  • Kamera Depan iPhone 18 Pro Mungkin Beralih Ke Posisi Ini
  • Apple Dedah Ciri Aksesibiliti Baharu Dalam iOS 19

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY