Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Pro liquid glass color rumors_Apple Hub

iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Warna Inspirasi ‘Liquid Glass’

Diterbitkan Julai 21, 2025 ยท Dikemas kini Julai 21, 2025 oleh Amalina Athman

Salah satu perubahan paling ketara dalam iOS 26 yang diumumkan pada WWDC 2025 ialah pengenalan antara muka (UI) baharu dikenali sebagai Liquid Glass.

Terbaru, khabar angin dari China mendakwa Apple mungkin akan membawa konsep Liquid Glass ke bahagian perkakasan menerusi iPhone 17 Pro.

Menurut peniris Instant Digital di Weibo, iPhone 17 Pro dijangka hadir dengan pilihan warna khas yang dikatakan diinspirasikan daripada rekaan UI iOS 26.

Warna itu dipercayai berasaskan putih, tetapi akan mempunyai kesan visual berbeza bergantung kepada pencahayaan.

iPhone 17 Pro liquid glass color rumors_digital chat station

Walaupun masih bersifat spekulatif, gabungan kemasan ini bersama UI Liquid Glass dalam iOS 26 berpotensi menghasilkan ilusi pergerakan dengan elemen kaca dalam antara muka itu.

Sebelum ini, akaun Instant Digital pernah beberapa kali membocorkan maklumat tepat berkaitan produk Apple, termasuk kemasan warna Kuning untuk iPhone 14 dan iPhone 14 Plus serta tali jam Titanium Milanese Loop untuk Apple Watch Ultra 2. Namun begitu, rekodnya bukanlah sentiasa tepat.

Barisan iPhone 17 dijangka akan diumumkan dalam acara khas yang dijangka berlangsung sekitar September. Selain model iPhone 17 dan iPhone 17 Pro, Apple turut dilapor akan memperkenalkan model baharu iPhone 17 Air.

Berkaitan

  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Model 'Dummy' Tertiris, Begini Nipisnya iPhone 17 Air
  • Tiada 'Sky Blue', Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro
  • Bateri iPhone 17 Air Mungkin Hanya Sebesar 2800mAh

Sumber: MacRumors
Gambar utama: Apple Hub

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Malaysia Tingkatkan Tahap Ancaman Keselamatan Siber Negara Daripada Rendah Kepada Sederhana
  • Google Umum Pelaburan AS$15 Bilion Di Malaysia, Sasar 9,000 Pekerjaan Dengan Gaji Lebih Tinggi
  • Paras Gas Karbon Dioksida Dunia Telah Meningkat 3 Kali Ganda Sejak 1960 - WMO
  • HONOR Magic9 Pro Max Dengan Pengimejan ARRI Sah Ke Malaysia, Jadi Telefon Rasmi FFM35
  • UKM Jadi Institusi Pertama Di Asia Tenggara Guna Implan Suara Boleh Laras
  • Aplikasi Shopee Kini Ada Pembantu Beli-Belah 'Migoo AI'
  • Sam Altman: RAM Lebih Baik Digunakan Di Pusat Data Berbanding PC
  • Google Akan Sekat Akses Search Untuk Pelajar Jika Sekolah Tolak AI
©2026 WISER.MY