Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan

Bateri iPhone 17 Air Mungkin Hanya Sebesar 2800mAh

Diterbitkan Julai 21, 2025 oleh Aminuddin Ahmad

Kurang tiga bulan lagi sebelum siri iPhone 17 rasmi dan khabar angin terbaru mendakwa model iPhone 17 Air hanya akan dibekalkan dengan bateri sekitar 2,800mAh.

warna iphone 17 rumours

Imbas kembali, iPhone 17 Air telah dilaporkan berkali-kali oleh pelbagai sumber bahawa ia akan menjadi iPhone ternipis dalam sejarah dengan ketebalan sekitar 5.65mm sahaja.

Ya, lebih nipis berbanding iPhone 6.

iPhone 17 Air_dummy

Disebabkan kenipisan itu, maka tidak banyak “peralatan” boleh dimuatkan termasuklah bateri yang besar.

Pelbagai sumber telah melaporkan hal yang sama iaitu bateri pada iPhone 17 Air tidak akan mencapai 3,000mAh dan sebahagian ada yang memberi angka spesifik iaitu 2,800mAh.

iPhone 16_1
iPhone 16 dan iPhone 16 Plus

Untuk makluman, iPhone 16 dilengkapkan dengan bateri sebesar 3,500mAh manakala iPhone 16 Plus pula sebesar 4,674mAh.

Dengan skrin iPhone 17 Air yang menghampiri iPhone 16 Plus, pastinya isu bateri akan menjadi masalah besar kelak.

vapor chamber rumors iphone 17 (2)

Menurut 9to5Mac, ciri mod Adaptive Power kelak adalah salah satu cara Apple untuk menguruskan isu ini.

Selain itu, 9to5Mac juga percaya bahawa Apple akan cuba mengatasi isu ini dengan melancarkan aksesori bateri baharu untuk memudahkan pengguna mendapat kuasa lebih secara ‘portable’.

Berkaitan

  • Model 'Dummy' Tertiris, Begini Nipisnya iPhone 17 Air
  • iPhone 17 Air Dilapor Satu-Satunya Model Dengan Bingkai Titanium

Sumber: 9to5Mac, Weibo

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY