Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
sky blue scrapped iphone 17 pro_

Tiada ‘Sky Blue’, Imej Tertiris Dedah Warna Baharu iPhone 17 Pro

Diterbitkan Julai 15, 2025 ยท Dikemas kini Julai 15, 2025 oleh Amalina Athman

Model iPhone 17 Pro yang dijangka tiba sekitar September nanti mungkin akan tampil dengan pilihan warna baharu seakan jingga-tembaga, menurut peniris Sonny Dickson.

Dalam satu hantaran di platform X, Dickson berkongsi imej yang didakwa sebagai penutup lensa kamera belakang untuk model iPhone 17 Pro dan iPhone 17 Pro Max. Imej tersebut menunjukkan lima pilihan warna iaitu hitam, kelabu, perak, biru gelap dan jingga.

iPhone 17 Pro Max_rumors color2

Warna hitam, kelabu dan perak dilihat sepadan dengan kemasan sedia ada Black Titanium, Natural Titanium dan White Titanium pada model iPhone 16 Pro.

Sementara penutup lensa berwarna biru gelap mungkin menandakan Apple bakal mengembalikan pilihan Blue Titanium yang pernah ditawarkan pada model iPhone 15 Pro.

Penutup lensa berwarna jingga menjadi perhatian utama kerana ia mungkin memberi petunjuk kemunculan warna baharu, seakan tembaga atau emas gelap, yang belum pernah ditawarkan Apple untuk mana-mana model iPhone sebelum ini.

iPhone 17 lens protection cover will match the phone color. The orange one for the Pro Max might hint at a new shade, possibly dark gold or copper. pic.twitter.com/BMamZ45now

— Sonny Dickson (@SonnyDickson) July 14, 2025

Dalam perkembangan lain, peniris Majin Bu memaklumkan bahawa warna Sky Blue tidak akan ditawarkan untuk iPhone 17 Pro. Menurut sumber terdekat yang memaklumkan kepadanya, warna cerah itu dikatakan akan digunakan secara eksklusif untuk model iPhone 17 Air.

Sky Blue is scrapped as a color for the iPhone 17 Pro

Full Article:https://t.co/BPWSJ6VhZk pic.twitter.com/U9AqgwA2qT

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) July 14, 2025

Buat masa ini, masih belum dapat dipastikan sama ada imej tersebut sahih atau jika Apple telah muktamadkan pilihan warna berkenaan.

Sonny Dickson sebelum ini kerap berkongsi imej model dummy, sarung pelindung, fail CAD dan komponen lain yang berkaitan dengan iPhone akan datang. Kebiasaannya, maklumat yang dikongsikan cukup tepat, termasuk dalam menunjukkan pilihan warna atau rekaan baharu.

Sehingga itu, nantikan sekitar dua bulan lagi bagi mengetahui sama ada warna-warna ini akan diperkenalkan atau sebaliknya.

Berkaitan

  • 'Laptop' Mahal Sangat? Tablet Ni Dah Lebih Dari Cukup
  • Imej Tertiris Perlihat Komponen Didakwa Sistem 'Vapor Chamber' iPhone 17 Pro
  • Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini
  • Model 'Dummy' Tertiris, Begini Nipisnya iPhone 17 Air

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY