Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 Air_dummy

Model ‘Dummy’ Tertiris, Begini Nipisnya iPhone 17 Air

Diterbitkan Julai 9, 2025 · Dikemas kini Julai 9, 2025 oleh Amalina Athman

Seperti yang hangat diperkatakan sebelum ini, Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone 17 Air sekitar September nanti.

Pada April lalu, saluran YouTube popular Unbox Therapy telah berkongsi video yang memaparkan acuan fizikal (mold) iPhone 17 Air yang dianggarkan mempunyai ketebalan sekitar 5.65mm.

Terbaru, peniris terkenal Majin Bu telah berkongsi sebuah video yang memaparkan model dummy iPhone 17 Air, memperlihatkan gambaran lebih jelas rekaan yang dikatakan bakal menjadi iPhone paling nipis pernah dihasilkan oleh Apple setakat ini.

iPhone 17 Air Black looks so good pic.twitter.com/ovOTNUKEg6

— Majin Bu (@MajinBuOfficial) July 8, 2025

Menerusi video tersebut, ia memperlihatkan beberapa ciri termasuk skrin bersaiz 6.6 inci dengan Dynamic Island, satu kamera belakang pada bonggol berbentuk pil yang lebar, port USB-C, satu pembesar suara, butang Action serta butang Camera Control.

Mengimbas kembali, penganalisis rantaian bekalan Apple Ming-Chi Kuo sebelum ini menjangkakan iPhone 17 Air akan hadir dengan ketebalan 5.5mm, lebih nipis daripada rekod 6.9mm yang dipegang oleh iPhone 6. Jangkaan ini juga selari dengan laporan Bloomberg pada Mac lepas.

Sebagai perbandingan, model iPhone 16 Pro mempunyai ketebalan 8.25mm. Jika ramalan Kuo tepat, iPhone 17 Air akan menjadi sekitar 33% lebih nipis berbanding model tersebut.

Antara spesifikasi lain yang turut dikaitkan dengan iPhone 17 Air termasuk sokongan MagSafe dan memori 12GB RAM. Apple juga dilaporkan merancang untuk menawarkan case bateri tambahan sebagai aksesori pilihan untuk peranti ini.

Selain itu, ia dijangka tidak akan dilengkapi slot kad SIM fizikal secara global, sebaliknya bergantung sepenuhnya kepada teknologi eSIM.

Berkaitan

  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • Bloomberg: Apple Pernah Pertimbang iPhone 17 Air Tanpa Port USB-C
  • Saya Cabar Diri Guna Telefon HUAWEI Selama 7 Hari Tanpa Google Play, Ini Apa Yang Saya Belajar
  • Imej Tertiris Perlihat Komponen Didakwa Sistem 'Vapor Chamber' iPhone 17 Pro
  • Bukan Saja-Saja, Logo Apple Pada iPhone 17 Pro Mungkin Lebih Ke Bawah Sebab Ini

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Microsoft Sahkan Gangguan Global Berakhir, Perkhidmatan Kembali Pulih
  • Laptop Kita Selangor: 150 Komputer Riba Untuk Setiap DUN
  • Selangor Tawar Akses Gemini Enterprise Setahun Kepada 50,000 Rakyat
  • Tambah Kad HLB Visa Ke Apple Pay, Pengguna Baharu Berpeluang Dapat 'Cashback'
  • MITI Nafi Luluskan Megaspeed Dan Speedmatrix, Siasat Kemungkinan Cip AI Dieksport Semula
  • CelcomDigi Tawar Pas Penstriman Serendah RM1, Termasuk Akses EPL Untuk Pengguna Prabayar
  • Microsoft Outlook Alami Gangguan Global, Teams Dan Copilot Turut Terjejas
  • Google Search Terima Naik Taraf Dengan Gemini 4 Hydrogen - Lebih Faham Soalan Kompleks, Jawapan Lebih Visual
©2026 WISER.MY