Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
renders iPhone 17 Pro_credit X asherdipps

iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza

Diterbitkan Februari 19, 2025 · Dikemas kini Februari 19, 2025 oleh Amalina Athman

Barisan iPhone 17 dijangka akan dilancarkan sekitar September 2025, namun khabar angin mengenainya semakin bertiup kencang.

Penganalisis rantaian bekalan Apple, Jeff Pu, dilaporkan menyatakan bahawa iPhone 17, iPhone 17 Pro, dan iPhone 17 Pro Max akan dilengkapi bingkai aluminium. Menariknya, beliau menjangkakan model iPhone 17 Air akan menggunakan bingkai titanium.

Ini bukanlah kali pertama ura-ura mengenai penggunaan bingkai aluminium untuk model iPhone 17 Pro dilaporkan.

Sekiranya jangkaan ini benar, ia akan menjadi perubahan ketara bagi model Pro. Sebelum ini, semua model iPhone 15 Pro dan iPhone 16 Pro menggunakan bingkai titanium, menjadikan peranti lebih ringan berbanding iPhone 14 Pro yang dilengkapi bingkai keluli tahan karat.

Rekaan kamera iPhone 17 Pro

Dalam laporan berasingan, artis 3D dari Front Page Tech, Asher, telah berkongsi imej render yang dikatakan sebagai rekaan iPhone 17 Pro. Ia memberikan gambaran paling jelas setakat ini mengenai peranti andalan Apple yang akan datang, sekiranya reka bentuk tersebut benar-benar tepat.

Menerusi imej yang dikongsi, ia memperlihatkan modul kamera berbentuk tray atau talam, berbanding modul segi empat yang digunakan ketika ini.

This is the rumored design of iPhone 17 Pro
And finally, after getting used to it for over a month, I can confidently say that "I like it"
It looks clean okay… pic.twitter.com/YyVID1QMPM

— Asher (@asherdipps) February 18, 2025

Susunan lensa kamera masih mengekalkan formasi segi tiga dan terletak di bahagian kiri modul kamera tersebut, manakala LED flash, mikrofon belakang, dan pengimbas LiDAR disusun secara menegak di bahagian kanan.

Menurut Jon Prosser dari FPT, yang mendakwa telah melihat peranti itu sendiri, iPhone 17 Pro hadir dengan kemasan dua tona, di mana modul kamera kelihatan lebih gelap berbanding bahagian belakang peranti yang lain.

iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza
iPhone 17 Pro Mungkin Hadir Dengan Rekaan Berbeza

Imej tersebut nampaknya berasaskan imej CAD yang didakwa tersebar bulan lalu. Peniris Majin Bu sebelum ini mendakwa bahawa imej itu adalah palsu – pandangan yang turut disokong oleh Mark Gurman dari Bloomberg. Namun, reka bentuknya dikatakan masih mencerminkan imej CAD sebenar secara keseluruhan, meskipun ketepatan masih menjadi persoalan.

Sementara itu, peniris ShrimpApplePro berpendapat rekaan modul kamera sedemikian mungkin disebabkan oleh saiz lensa telefoto Tetraprism yang semakin besar. Ruang mendatar itu perlu diperluaskan bagi memuatkan komponen berkaitan.

Gambaran reka bentuk iPhone 17 Pro, terutamanya pada bahagian kamera, menerima pelbagai reaksi daripada pengguna. Ada yang menggemarinya, dan tidak kurang juga yang mengkritiknya.

Namun, realitinya, ramai juga pada awalnya tidak menyukai reka bentuk lama yang kini menjadi ikonik atau sekurang-kurangnya diterima secara meluas.

Berkaitan

  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium
  • Imej Tertiris Dedahkan Kemungkinan Rekaan iPhone 17 Pro
  • Dah Tamat Waranti Tapi Masih Nak Jimat Duit Hantar Servis Peranti HUAWEI? Ini Berita Baik Untuk Anda
  • Ura-Ura: iPhone 17 Pro Dijangka Kekalkan Reka Bentuk Kamera Segi Tiga
  • iPhone 17 Dijangka Terima Naik Taraf Sistem Penyejukan

Sumber: MacRumors (1, 2)

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Pulau Pinang Sedang Bangunkan Pulau Silikon, Bakal Tawar 220,000 Peluang Pekerjaan
  • 3 Headphone ANC Bawah RM200
  • Kadar Tambang ECRL Akan Diumumkan Menjelang Akhir Oktober - Operasi Disasar Bermula Pertengahan Disember
  • Tiket Tonton Filem Dan Teater Di Wilayah Persekutuan Dikecualikan Duti Hiburan
  • Belanjawan 2027: Belia Lengkapkan Jam Sukarelawan Layak Terima RM100 E-Dompet Secara 'One-Off'
  • Belanjawan 2027: Kerajaan Tambah 100,000 Langganan AI Percuma, Termasuk ChatGPT
  • TNB Labur RM15 Bilion Perkukuhkan Grid Nasional
  • Belanjawan 2027: NSRC Akan Bangunkan Aplikasi AI, Bantu Pengguna Semak Butiran Mencurigakan
  • Pas MyKomuter50 Diperkenalkan, Pengguna Jimat Sehingga RM160/bulan
  • Belanjawan 2027: Peminjam PTPTN Berpendapatan RM2,500 Ke Bawah Boleh Tangguh Bayaran Balik
©2026 WISER.MY