Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 17 pro fans rendering_kredit MacRumors

iPhone 17 Dijangka Terima Naik Taraf Sistem Penyejukan

Diterbitkan Januari 20, 2025 · Dikemas kini Mac 13, 2025 oleh Amalina Athman

Siri iPhone 17 dijangka akan menampilkan sistem penyejukan yang dapat meningkatkan keupayaan penyerapan haba.

Menurut laporan MyDrivers, Apple dikatakan merancang untuk menaik taraf kesemua barisan iPhone 17 dengan sistem pelesapan haba yang dipertingkatkan.

Menurut berita terkini daripada rantaian industri, untuk meningkatkan prestasi pelesapan haba iPhone, Apple akan menambah peranti pelesapan haba pada siri iPhone 17, dan semua model akan dilengkapi dengan sinki haba VC (vapor chamber) untuk pelesapan haba.

Buat pengetahuan, teknologi VC atau penyejukan ruang wap sudah digunakan dalam kebanyakan peranti Android kelas andalan.

Teknologi ini berfungsi dengan menyebarkan haba secara rata ke seluruh kawasan permukaan yang lebih besar, mencegah penurunan prestasi akibat haba berlebihan dan mengekalkan prestasi yang konsisten.

Walaupun isu haba pada iPhone 15 Pro telah diselesaikan dengan struktur subtermal aluminium baru, kepingan graphene dan kaca belakang iPhone 16 Pro, laporan tersebut mendakwa bahawa peranti masih menghadapi masalah di bawah beban haba yang tinggi.

Dengan penggunaan teknologi VC, ia dijangka akan menyelesaikan masalah itu dan membolehkan prestasi lebih stabil dalam jangka masa panjang.

Tahun lalu, penganalisis Apple Ming-Chi Kuo juga berkata bahawa ‌iPhone 17‌‌ Pro Max akan mempunyai sistem penyejukan eksklusif yang menggabungkan teknologi VC dengan kepingan graphene.

Bertentangan dengan laporan terkini, Kuo berkata model lain yang dilancarkan pada 2025 akan terus bergantung pada kepingan graphene.

Berkaitan

  • Ramai Tak Tahu Tawaran Eksklusif iPhone 16 di iTworld, Jangan Terlepas
  • iPhone 17 Pro Dilapor Akan Hadir Dengan Binaan Aluminium
  • Laporan: Rekaan iPhone 17 Air Diserahkan Pada Pengilang, Selangkah Menjadi Kenyataan
  • Ura-Ura: iPhone 17 Pro Dijangka Kekalkan Reka Bentuk Kamera Segi Tiga

Sumber: MacRumors

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY