Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
chip processor

Huawei & SMIC Dalam Senarai Hitam Taiwan – Akses Cip Canggih Disekat

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh Amsyar Latif

Kerajaan Taiwan telah menambahkan syarikat teknologi utama China, Huawei dan Semiconductor Manufacturing International Corporation (SMIC), ke dalam senarai hitam eksport yang merangkumi 601 entiti secara keseluruhan. Senarai ini diumumkan oleh Pentadbiran Perdagangan Antarabangsa di bawah Kementerian Hal Ehwal Ekonomi Taiwan.

Langkah ini bertujuan untuk menyekat penyebaran teknologi yang berpotensi digunakan dalam pembangunan senjata dan demi kepentingan keselamatan negara. Syarikat-syarikat tempatan kini diwajibkan mendapatkan kebenaran khas daripada kerajaan Taiwan sebelum mengeksport produk teknologi tinggi kepada mana-mana entiti dalam senarai tersebut.

Taiwan, sebagai pengeluar utama cip dunia, termasuk hampir semua cip berprestasi tinggi, memainkan peranan penting dalam rantaian bekalan global. Penyenaraian Huawei dan SMIC dijangka memberi kesan besar kepada keupayaan China untuk mendapatkan komponen penting bagi pembangunan cip canggih.

Selain entiti dari China, senarai hitam tersebut turut merangkumi organisasi dari Rusia, Pakistan, Iran dan Myanmar.

Langkah ini selari dengan pendekatan Amerika Syarikat yang telah memperluaskan sekatan eksport cip dan teknologi canggih kepada China. AS turut mengeluarkan amaran kepada syarikat global bahawa penggunaan cip AI buatan Huawei, terutamanya siri Ascend, boleh membawa kepada pelanggaran sekatan eksport AS.

Sekatan ini turut menjejaskan Nvidia, yang kini dilarang menjual cip AI termaju kepada firma China, sekali gus memberi ruang kepada pesaing tempatan seperti Huawei. Walaupun begitu, pengasas dan CEO Huawei, Ren Zhengfei, mengakui bahawa cip keluarannya masih tertinggal satu generasi berbanding teknologi AS.

China mengecam tindakan ini sebagai satu bentuk penindasan dan penyalahgunaan kawalan eksport oleh Amerika Syarikat untuk menyekat kemajuan syarikat teknologi China.

Berkaitan

  • China Operasi 100 Trak Lombong EV Tanpa Pemandu, Guna AI & Teknologi Huawei
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Huawei Pura 80 Ultra Hadir Dengan Sensor 1 Inci & Lensa Tele Boleh Tukar

Sumber: AFP

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apa Itu 'Timing Chip' Dan Bagaimana Ia Digunakan Dalam Maraton?
  • Virgin Galactic Perkenal Kapal Angkasa Apeiron, Bakal Bawa Pelancong Pada 2027
  • Syarikat Semikonduktor Korea Selatan Perkenal LED Putih Tanpa Unsur Nadir Bumi
  • (Ulasan) Nothing Phone (4b): Bukan Telefon Yang Teruk, Cuma Pesaing Lebih Menarik
  • Google Perkenal Gemini 4 Carbon, Model AI Frontier Dengan Fokus Keselamatan Siber
  • Pelajar Perak Cipta Set Kepala Pintar Untuk Individu Kurang Penglihatan - Menang Hadiah Samsung Bernilai Sehingga RM47,000
  • Apple Perkenal MacBook Pro Pertama Dengan Skrin Sentuh - Harga Bermula RM11,999
  • Harga MacBook Neo Di Apple Education Store Naik Lagi - Kini Bermula RM2,799
©2026 WISER.MY