Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Anker Tarik Balik 1.15 Juta ‘Powerbank’ Ekoran Risiko Terbakar Di AS

Anker Tarik Balik 1.15 Juta ‘Powerbank’ Ekoran Risiko Terbakar Di AS

Diterbitkan Jun 16, 2025 · Dikemas kini Jun 16, 2025 oleh ariff bukhari

Pengeluar aksesori peranti pintar terkenal, Anker mengumumkan penarikan balik lebih 1.15 juta unit ‘Powerbank’ dari pasaran.

Ia melibatkan  model Anker PowerCore 10000 (model A1263) yang telah dijual di Amerika Syarikat antara Jun 2016 hingga Disember 2022.

Langkah ini diambil selepas 19 laporan insiden kebakaran dan letupan diterima, termasuk dua kes kecederaan ringan dan kerosakan harta bernilai lebih USD60,000 (~RM283,000).

Menurut Suruhanjaya Keselamatan Produk Pengguna AS (CPSC), punca utama isu ini adalah bateri litium-ion dalam bank kuasa tersebut yang boleh menjadi terlalu panas dan menyebabkan komponen plastik cair, mengeluarkan asap atau terbakar.

Sebagai langkah keselamatan, pengguna yang memiliki model ini diminta untuk berhenti daripada menggunakan bank kuasa itu dengan serta-merta dan menyemak nombor model A1263 di bahagian bawah peranti.

Anker Tarik Balik 1.15 Juta ‘Powerbank’ Ekoran Risiko Terbakar Di AS
Powerbank ini telah dijual melalui pelbagai platform e-dagang seperti Amazon, Newegg, dan eBay dengan harga sekitar USD27 (~RM127.50).
Anker power bank

Untuk proses penukaran, pengguna perlu menghantar gambar bank kuasa itu bersama nota bertulis “recall” dan tarikh penghantaran, serta bukti pembelian.

Anker menawarkan penggantian percuma atau baucar bernilai USD30 (~RM 142) yang boleh digunakan di laman rasmi mereka.

Berkaitan

  • Anker Panggil Semula 3 Model Bank Kuasa Ini Ekoran Risiko Terbakar
  • Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang
  • Apple Tawar Pembaikan Percuma Untuk Mac mini M2 Terjejas Isu Kuasa

Sumber: Anker US,  CPSC.gov

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY