Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Jom Rebut iPad Percuma, Hanya Naik Taraf Unifi Sekarang

Posted on Jun 9, 2025Jun 10, 2025

Unifi kini menawarkan naik taraf kepada pakej internet berkelajuan lebih tinggi pada harga istimewa. Malah, Unifi turut menawarkan peranti Apple iPad terbaru kepada pelanggannya menerusi kempen ini.

Istimewa untuk pelanggan Unifi Home sedia ada yang melanggan pakej 100 Mbps, 300 Mbps dan 500Mbps, anda kini ditawarkan naik taraf berganda kepada kelajuan 500 Mbps, 1Gbps dan 2Gbps dengan kontrak selama 36 bulan.

Menerima tawaran naik taraf ini sekali gus melayakkan anda miliki Apple iPad 11” (A16, 128GB) yang bernilai RM1,599 pada harga RM0.

Miliki iPad pada harga diskaun

Atau bagi anda mahu menaik taraf dari pelan Unifi Home 100 Mbps kepada 300Mbps pula, anda layak untuk mendapatkan iPad 11” (A16, 128GB) baharu pada harga diskaun secara eksklusif  dengan pilihan kontrak 24 bulan atau 36 bulan pada harga serendah RM169/bulan.

Manakala, bagi pelanggan Unifi Home yang mahu menaik taraf pelan dari 300 Mbps, 500Mbps dan 1 Gbps  kepada pelan Unifi yang lebih tinggi, anda layak memilih barisan iPad 11” termasuklah iPad Air 11” (M3) Wi-Fi dan iPad Pro 11” (M4) Wi-Fi pada harga diskaun.

Promosi terbaru ini sekali gus menawarkan kepada para pelanggan Unifi Home sedia ada untuk menaik taraf pelan mereka kepada pelan yang lebih pantas, tapi pada masa yang sama memberi lebih nilai pada langganan anda.

Jadi, jangan tunggu lagi. Jom rebut peluang ini cepat kerana ia ditawar untuk masa terhad yang akan berakhir pada 30 Jun 2025 serta selagi stok iPad masih ada.

Ketahui lebih lanjut tentang promosi terbaru Unifi ini dengan layari laman rasmi SmartDeal iPad Plans | Devices | Unifi.

*Artikel ini dibawakan oleh UNIFI

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2025 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress