Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Apple OS26

Apple Intelligence Kini Lebih Berkuasa Merentas Peranti Apple

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh ariff bukhari

Apple mengumumkan Apple Intelligence yang menerima peningkatan untuk pengalaman pengguna di seluruh peranti Apple termasuklah iPhone, iPad, Mac, Apple Watch dan Apple Vision Pro.

Antara ciri menarik Apple Intelligence yang baru adalah seperti  Live Translation yang memudahkan komunikasi merentas bahasa secara langsung dalam Messages, FaceTime dan panggilan telefon.

Genmoji dan Image Playground membolehkan pengguna mencipta emoji dan imej berdasarkan teks atau gabungan imej dan gaya dengan dikuasakan ChatGPT.

Apple Intelligence Kini Lebih Berkuasa Merentas Peranti Apple
Gaya baharu datang ke Image Playground dengan ChatGPT, termasuk pilihan Any Style.

Visual Intelligence di iPhone juga boleh mengenal pasti maklumat pada skrin, bantu buat carian, tambah acara ke kalendar, dan cari produk berdasarkan apa yang dilihat.

Ia juga boleh bekerjasama dengan ChatGPT untuk bantu faham kandungan pada skrin.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/06/10025435/Apple-WWDC25-Apple-Intelligence-Visual-Intelligence-with-Etsy-250609.mp4

Kemas kini Apple Intelligence ini meluaskan lagi kecerdasan visual kepada kandungan pada skrin iPhone pengguna, membolehkan pengguna melakukan aktiviti seperti mencari item serupa menggunakan Google, Etsy atau aplikasi lain yang disokong.

Ciri-ciri Apple Intelligence kini tersedia untuk diuji bermula hari ini melalui Apple Developer Program untuk pembangun.

Pengguna umum pula boleh mengakses ciri baharu Apple Intelligence ini lebih awal menerusi Public Beta pada bulan hadapan.

Peranti yang menyokongnya adalah semua model iPhone 16 atau terbaharu, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max, iPad mini dengan cip A17 Pro, iPad dan Mac dengan cip M1 dan ke atas.

Untuk info lanjut, layari apple.com/apple-intelligence.

Berkaitan

  • Bina PC Power Tanpa Koyak Poket: JOI Work Ultra PC Jawapannya
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple
  • macOS Tahoe Diumumkan, Bawa Lebih Banyak Ciri iOS Ke macOS

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY