Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

iPadOS 26 Dah Rasmi – Ini 8 Ciri Baharu Yang Jadikan iPad Mirip macOS

Posted on Jun 10, 2025

Apple kini memperkenalkan iPadOS 26, kemas kini terbesar setakat ini untuk sistem operasi iPad, dengan pelbagai ciri baharu yang memperkasakan keupayaan iPad bagi memberikan pengalaman mirip pada macOS.

Antara ciri utama iPadOS 26 termasuk:

Reka Bentuk Baharu 

Reka bentuk berasaskan “Liquid Glass” menjadikan antara muka lebih ekspresif dan dinamik, dengan ikon aplikasi yang berubah mengikut tema cerah atau gelap.

Skrin Kunci (Lock Screen) dan Pusat Kawalan (Control Center) kini tampil lebih hidup dan boleh diperibadikan.

Sistem Tetingkap Baharu 

Pengguna kini boleh menukar saiz tetingkap aplikasi, menyusun secara bebas, dan menggunakan fungsi Window Tiling untuk menyusun tetingkap dengan mudah.

Fungsi Exposé memaparkan semua tetingkap terbuka bagi memudahkan pertukaran aplikasi.

Sokongan penuh untuk paparan luaran dan integrasi dengan Stage Manager juga disediakan.

Apple Intelligence Dipertingkatkan

Ciri Live Translation membolehkan terjemahan langsung dalam aplikasi seperti Messages, FaceTime dan panggilan telefon.

Pengguna juga boleh mencipta Genmoji tersendiri, menghasilkan imej kreatif menggunakan Image Playground, dan menggunakan Shortcuts pintar yang boleh meringkaskan teks atau membandingkan nota dengan transkrip kuliah.

Aplikasi Files Diperbaharui

Paparan List View baharu membolehkan pengguna melihat butiran dokumen dengan lebih mudah.

Pengguna juga boleh menyeret folder ke Dock, menetapkan aplikasi lalai untuk membuka jenis fail tertentu, dan memperibadikan folder dengan warna, ikon, atau emoji. Sama seperti macOS terbaru, macOS Tahoe.

Aplikasi Preview Kini di iPad

Fungsi Preview sebelum ini terhad untuk pengguna Mac sahaja. Namun, pengguna kini boleh melihat, menyunting, dan menanda PDF serta imej dengan Apple Pencil dalam aplikasi Preview.

Fungsi AutoFill juga membolehkan pengisian borang PDF dengan mudah.

Fungsi Profesional untuk Audio dan Video

Background Tasks membolehkan proses berat dijalankan di latar belakang.

Pengguna kini boleh pilih mikrofon khusus untuk setiap aplikasi atau laman web, menikmati rakaman lebih jelas dengan Voice Isolation, dan menggunakan Local Capture untuk merakam audio-video berkualiti tinggi semasa panggilan video.

Aplikasi dan Komunikasi Baharu

Journal akhirnya hadir di iPad untuk catatan harian dengan sokongan tulisan tangan, gambar, video dan lokasi.

Sementara aplikasi Apple Games memberikan ruang khusus untuk permainan dan rakan gamer.

Selain itu, aplikasi Phone kini tersedia di iPad, lengkap dengan ciri Hold Assist dan Call Screening.

Akhir sekali, aplikasi Messages kini menyokong latar belakang perbualan, Polls, dan kemas kini paparan maklumat kumpulan.

Ciri Tambahan Lain

Reed Pen baharu untuk pengalaman kaligrafi dengan Apple Pencil. Math Notes kini menyokong graf 3D dalam aplikasi Calculator.

Sementara aplikasi Notes boleh import/eksport fail dalam format Markdown dan rakam perbualan dari aplikasi Phone.

Tidak dilupakan Accessibility Reader dan peningkatan besar dalam fungsi bantuan kebolehcapaian.

Kemas kini iPadOS 26 kini boleh diuji melalui program pembangun Apple, dan versi beta awam akan tersedia bulan hadapan.

Ciri-ciri akan dilancarkan secara rasmi pada musim luruh (sekitar bulan September) ini dan menyokong model iPad tertentu serta peranti dengan cip M1 dan ke atas.

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2026 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress