Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26

Rasmi, Ini Senarai Penuh iPhone Terima Sokongan iOS 26

Diterbitkan Jun 10, 2025 · Dikemas kini Jun 10, 2025 oleh Amalina Athman

Apple secara rasmi telah mengumumkan sistem operasi terbaharu mereka, iOS 26, dalam acara tahunan WWDC25 yang berlangsung sebentar tadi.

Seperti dijangka, kemas kini kali ini hadir dengan pelbagai ciri baharu yang menjanjikan pengalaman pengguna yang lebih baik, termasuk rekaan antara muka seragam Liquid Glass. Dengan pengumuman ini juga, terjawab sudah persoalan ramai pengguna iPhone – model mana yang akan menerima sokongan iOS 26.

Menurut Apple, iOS 26 akan menyokong iPhone 11 dan terbaharu.  Berikut adalah senarai penuh:

  • iPhone 11
  • iPhone 11 Pro dan Pro Max
  • iPhone 12 dan 12 mini
  • iPhone 12 Pro dan Pro Max
  • iPhone 13 dan 13 mini
  • iPhone 13 Pro dan Pro Max
  • iPhone 14 dan 14 Plus
  • iPhone 14 Pro dan Pro Max
  • iPhone 15 dan 15 Plus
  • iPhone 15 Pro dan Pro Max
  • iPhone SE (generasi kedua dan terbaharu)
  • iPhone 16e, 16 dan 16 Plus
  • iPhone 16 Pro dan Pro Max

Dan sudah tentunya, ia juga akan menyokong siri iPhone terbaharu yang dijangka bakal dilancarkan September nanti.

iphone sokong iOS 26

Mulai hari ini, iOS 26 sudah boleh diuji melalui Apple Developer Program di developer.apple.com, manakala versi beta umum akan tersedia bulan hadapan menerusi Apple Beta Software Program di beta.apple.com.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • Sehingga 20 iPhone Digunakan Serentak Untuk Penggambaran 28 Years Later
  • iPhone Lama Tak Lagi Boleh Pasang YouTube Versi Terkini - Ini Senarai Model Terjejas
  • Apple Umum 'Liquid Glass' - Rekaan Baharu Seragam Merentas Semua Platform Apple

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY