Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Ini Respons Apple Berkaitan Ketersediaan Aplikasi Porno Pertama Di iPhone Pasaran Eropah

Ini Respons Apple Berkaitan Ketersediaan Aplikasi Porno Pertama Di iPhone Pasaran Eropah

Diterbitkan Februari 4, 2025 · Dikemas kini Februari 4, 2025 oleh Amsyar Latif

Buat pertama kalinya, aplikasi kandungan dewasa Hot Tub akan tersedia untuk pengguna iPhone di Kesatuan Eropah (EU) menerusi stor aplikasi alternatif, AltStore PAL.

Kemunculannya adalah disebabkan Akta Pasaran Digital (DMA) EU yang mewajibkan Apple membenarkan platform aplikasi pihak ketiga. Aplikasi ini berfungsi sebagai tempat yang menggabungkan video dari laman web dewasa terkemuka.

Walaupun Apple masih menjalankan proses notarization yang merangkumi semakan keselamatan — bagi mengurangkan risiko serta memberikan pengalaman terbaik dan selamat kepada pengguna di EU, stor aplikasi alternatif boleh menawarkan kandungan yang tidak dinilai yang mana mungkin boleh mempunyai kandungan seperti pornografi.

Menurut AltStore, Hot Tub adalah aplikasi pertama seumpamanya yang lulus proses ini.

Screenshot 2025-02-04 at 3.33.19 PM

Dibangunkan oleh bekas aktivis jailbreak iPhone, Hot Tub dipromosikan sebagai platform selamat tanpa iklan, penjejak, atau pop-up mengganggu. Aplikasi ini turut menawarkan carian tersuai, kategori khusus, dan kawalan gerakan intuitif.

Namun, Apple membidas dakwaan AltStore bahawa aplikasinya “diluluskan Apple”.

Apple secara terbuka menyuarakan kebimbangan mengenai risiko aplikasi sebegini terhadap pengguna, terutamanya kanak-kanak:

“Kami amat risau keselamatan pengguna EU, khususnya bawah umur. Aplikasi sebegini merosakkan kepercayaan terhadap ekosistem iOS yang kami bina selama ini. AltStore tidak tepat mendakwa ia ‘diluluskan Apple’ — kami dipaksa membenarkannya di bawah DMA, tetapi kami tidak pernah menyokong kandungan ini.”

Tambah Apple, mereka terpaksa menuruti dan membenarkan stor aplikasi alternatif seperti AltStore dan Epic disebabkan desakan akta EU.

Apple sejak dulu memang tidak membenarkan kandungan pornografi di platform mereka, terutama di App Store. Bagaimanapun, Kesatuan Eropah dilihat telah mencabar dan menggoncang Apple menerusi peraturan DMA.

Di sini, kita nampak yang apabila sesuatu ekosistem itu terbuka, ia mungkin boleh memberikan kesan negatif walaupun pada asalnya EU mahu menggalakkan persaingan dan mengelakkan monopoli.

Jadi, sebagai pengguna yang boleh berfikir, gunalah peranti dengan sebaiknya.

Berkaitan

  • Nak RM10 Percuma & Peluang Menang RM1 Juta? Ramai Terkejut Betapa Mudahnya MAE Ni!
  • Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C
  • Kuo: Ciri Apple Intelligence Tidak Tarik Minat Ramai Beli iPhone Baharu
  • EU Laksana Akta Larangan AI Mengeksploitasi Kelemahan Manusia

Sumber: TechCrunch

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY