Di zaman serba digital ini, seboleh-bolehnya semua orang nak cara paling mudah dan cepat untuk uruskan kewangan, kan? Menariknya, kajian di tiga platform terkenal – Facebook, Instagram dan Thread menunjukkan aplikasi MAE semakin menjadi pilihan ramai.
Rata-ratanya bersetuju aplikasi MAE lebih mudah, simple dan lancar je. Bak kata seorang pengguna, “gerai makcik nasi lemak tak tahu pasal IT pun boleh guna”.
Tapi kan, apa sebenarnya yang buat MAE ni jadi lebih menarik? Jom kita telusuri lebih lanjut, tengok apa yang buat MAE ni best sangat dan jadi kegemaran ramai.
Pengguna Baru
Pertamanya, mesti ramai yang nak tahu, apa kelebihan kalau pertama kali daftar MAE? Untuk pelanggan baru Maybank, RM10 akan diberikan segera. Caranya mudah je, hanya masukkan kod “JOMMAE” semasa mendaftar MAE Wallet, dan RM10 akan terus masuk ke akaun.
Simple kan? Daftar, masukkan kod, dan bonus pun dapat. Ni lah peluang terbaik untuk mula explore semua ciri menarik dalam aplikasi MAE.
Jejak Perbelanjaan
Dah ada aplikasi MAE, bolehlah mula berbelanja. Tapi tunggu dulu, kena ingat untuk kawal perbelanjaan juga, kan? Kalau tidak, nanti bajet bulanan boleh lari. Dengan MAE, ada ciri “Expenses” yang membolehkan pengguna jejak perbelanjaan harian. Jadi, dapatlah kawal perbelanjaan dengan lebih efisien.
Tabung
Kawal perbelanjaan je mungkin tak cukup, perlu juga ada simpanan – terutamanya untuk situasi kecemasan dan perkara lain yang tak dijangka. Dengan MAE, ada ciri Tabung yang memang ramai suka! Ciri ini memudahkan sebab senang sangat nak set target simpanan untuk apa-apa saja.
Paling best, ada pula ciri “Auto Deduction”. Tak perlu risau lagi kalau terlupa nak menyimpan. Anda hanya perlu tetapkan kekerapan, sama ada mingguan atau bulanan, dan Tabung akan uruskan simpanan secara automatik.
Sebagai contoh, katakan Adam ingin menabung sebanyak RM5,000 dalam setahun dan memilih kekerapan auto deduction secara bulanan. Setiap bulan, sebanyak RM416.67 akan ditolak daripada MAE Wallet atau akaun Maybank secara automatik.
Mudah kan? Bila gaji masuk, duit simpanan dah siap diasingkan awal-awal tanpa perlu fikir panjang. Bayangkan, macam piggy bank, tapi lagi canggih sebab digital. Simpan duit tanpa sedar, lama-lama makin bertambah!
Bukan itu saja, ada lagi yang best! Pengguna baru Maybank akan dapat bonus harian sebanyak RM0.50 bila simpan RM500 dalam Tabung jenis “Coin Jar” di aplikasi MAE sehingga 31 Disember. Setiap hari, ada reward menanti. Best kan, simpan duit sambil dapat bonus?
Fixed Deposit/Deposit Tetap
Nak dapatkan lebih pulangan? Pelanggan sedia ada boleh menikmati kadar istimewa dalam talian sebanyak 3.70% p.a dengan e-Islamic Fixed Deposit. Tapi kena cepat, promosi sehingga 30 November ini sahaja!
Pelanggan Maybank Privilege, Maybank Premier dan Maybank Private juga boleh dapat 5.08% p.a. apabila membuat penempatan enam bulan dalam Fixed Deposit/Islamic Fixed Deposit. Hanya perlu pastikan 30% daripada jumlah tersebut diletakkan dalam akaun Dana-i Semasa/Simpanan/Harian.
Jadi, jangan tunggu lama. Ambil peluang sekarang dan dapatkan pulangan yang lebih menguntungkan.
MAEllionaire
Dengan MAE, semua jadi mudah dan menyeronokkan. Bayangkan, bukan sekadar berbelanja dan menyimpan, tetapi juga ada peluang besar nak jadi jutawan melalui kempen MAEllionaire!
Hanya perlu Imbas & Bayar, simpan dalam Tabung, bayar bil dan macam-macam lagi – semua melalui aplikasi MAE atau buat pembayaran dengan Perbankan Dalam Talian Maybank2u. Lagi banyak transaksi, lagi tinggi peluang nak menang RM1,000,000. Mudah sangat, kan?
Dengan segala tawaran menarik yang ada, apa lagi ditunggu? Pendaftaran MAE boleh dibuat pada bila-bila masa dan dari mana-mana sahaja. Hanya perlu muat turun aplikasi di Google Play Store atau Apple App Store. Kempen untuk pengguna baru berlangsung sekarang hingga 31 Disember 2024.
*artikel ini dibawakan oleh Maybank.