Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
iPhone 15 Pro USB-C

Semua Peranti Pintar Di EU Kini Mesti Menggunakan Pengecas USB-C

Diterbitkan Disember 30, 2024 ยท Dikemas kini Disember 30, 2024 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah (EU) mula menguatkuasakan penggunaan pengecasan melalui sambungan USB-C untuk peranti pintar bermula 28 Disember 2024.

EU bertindak menyeragamkan sambungan pengecasan untuk telefon mudah alih dan peranti elektronik mudah alih yang lain, di mana semua peranti baharu yang dijual di EU kini mesti menyokong pengecasan USB-C.

Penguatkuasaan itu sebagai usaha menyelesaikan penggunaan kepelbagaian jenis sambungan yang ada di pasaran ketika ini sekali gus mengurangkan e-sisa.

Malah peraturan baharu itu turut membantu memastikan kelajuan pengecasan adalah sama apabila menggunakan mana-mana pengecas yang serasi untuk peranti.

Penguatkuasaan Arahan Pengecas Biasa EU itu telah diluluskan oleh Majlis EU pada Oktober 2022 di mana pengilang diberi tempoh peralihan untuk menyesuaikan reka bentuk mereka dan memastikan pematuhan.

Peraturan itu terpakai kepada telefon mudah alih, tablet, kamera digital, fon kepala, set kepala, konsol permainan video, pembesar suara mudah alih, e-pembaca, papan kekunci, tetikus, sistem navigasi mudah alih dan fon telinga yang dijual di EU.

Sementara untuk komputer riba pula, peraturan itu hanya akan berkuatkuasa pada 28 April 2026 nanti.

Berkaitan

  • Selesai Isu USB-C, EU Mahu Apple Buka Ekosistem Kepada Pesaing Pula
  • Tak Perlu Risau Cas Berkali-Kali: Bateri Telefon Baharu Ini Tahan Lama Dan Selamat
  • Kajian: Bahan Kimia Kekal Ditemui Dalam Tali Jam Tangan Pintar Dan Penjejak Kecergasan

Sumber: European Commission

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY