Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Rakyat Malaysia Makin Minat Mempelajari AI Generatif Pada Tahun 2024

EU Laksana Akta Larangan AI Mengeksploitasi Kelemahan Manusia

Diterbitkan Februari 3, 2025 ยท Dikemas kini Februari 3, 2025 oleh ariff bukhari

Kesatuan Eropah (EU) mula menguatkuasakan Akta AI EU pada Ahad bagi mengawal selia penggunaan kecerdasan buatan (AI).

Akta ini melarang penggunaan AI yang mengeksploitasi kelemahan manusia, termasuk teknik subliminal, pemarkahan sosial, dan pengecaman emosi di tempat kerja atau institusi pendidikan.

Walau bagaimanapun, pengecualian diberikan untuk tujuan perubatan atau keselamatan.

Selain itu, pengkategorian biometrik di ruang awam juga diharamkan, tetapi turut dikecualikan bagi pihak berkuasa untuk menjejaki jenayah tertentu seperti pemerdagangan manusia dan keganasan.

Syarikat yang membangunkan atau menggunakan AI kini perlu menilai tahap risiko sistem mereka dan memastikan pematuhan terhadap undang-undang.

Akta ini bertujuan untuk melindungi pengguna serta memastikan penggunaan AI yang bertanggungjawab.

Penyedia dan pengendali AI juga diwajibkan memastikan individu yang terlibat dalam pembangunan atau penggunaannya mempunyai tahap kompetensi AI yang mencukupi.

Terdahulu, ‘bapa AI’ pernah menyatakan yang peraturan serta garis panduan kerajaan perlu ada bagi memastikan pembangunan AI berlaku secara selamat.

Berkaitan

  • Ini Teknologi Bilik Darjah Yang Ramai Tak Sangka Dah Ada Di Malaysia
  • AS Siasat Jika DeepSeek Guna Cip AI Yang Diharamkan
  • Pengguna Copilot Kini Boleh Akses Model AI Berkuasa Daripada ChatGPT Secara Percuma

Sumber: Astro Awani

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Syarikat Minyak UAE, ADNOC Jalin Kerjasama Dengan OpenAI Untuk Guna AI Dalam Operasi
  • Rembayung Kini Guna Grab Untuk Tempahan, Satu 'Booking' Setiap Dua Minggu
  • Korea Selatan Bakal Gandakan Perbelanjaan AI Dan Cip Pada 2027
  • HONOR Pad X7b Kini Di Malaysia Dari RM699, Dua Earbuds Baharu Bermula RM59
  • Epson Lancar SureColor SC-F330, Pencetak Sublimasi Desktop A3 Pertamanya
  • Google Peruntuk AS$160 Juta Untuk Infrastruktur Air Sokong Pusat Data Di Negeri Sembilan
  • 25,000 Lesen Pas Pembelajaran Global Kohort 2 Dibuka 16 November - Pemohon Senarai Menunggu Diutamakan
  • Claude Code Tak Boleh Lagi Klon Game Orang Lain, Walaupun Ditukar Nama
©2026 WISER.MY