Apple tahun lalu memperkenalkan Apple Intelligence, alat kecerdasan buatan (AI) yang diproses sepenuhnya pada peranti seperti iPhone 15 Pro dan barisan iPhone 16. Namun, menurut penganalisis Ming-Chi Kuo, ciri ini tidak membantu meningkatkan jualan iPhone.
Hasil kajian menunjukkan kebanyakan pengguna tidak berminat membeli iPhone baharu semata-mata untuk ciri Apple Intelligence. Sebuah tinjauan oleh SellCell bulan lalu mendapati ramai pengguna melihat nilai ciri AI Apple ini sebagai sangat rendah atau tidak penting.
Kuo menyatakan bahawa minat terhadap Apple Intelligence telah merosot selepas pengumuman awalnya di WWDC 2024. Ini kerana pesaing lain seperti OpenAI ChatGPT yang berasaskan awan berkembang lebih pesat, manakala Apple Intelligence bergantung sepenuhnya pada perkakasan peranti.
Apple memperkenalkan ciri ini secara berperingkat. iOS 18.1 memperkenalkan Writing Tools dan fungsi ringkasan teks, diikuti oleh iOS 18.2 yang membawa ciri seperti Genmoji, Image Playgrounds, dan integrasi dengan ChatGPT.
Salah satu sebab utama ciri ini kurang diminati ialah ketersediaannya yang terhad. Selain memerlukan peranti terkini, Apple Intelligence hanya tersedia dalam bahasa Inggeris buat masa ini. Apple merancang untuk menambah sokongan bahasa lain pada akhir tahun ini.
Pada pendapat peribadi, apa yang dikatakan Kuo adalah benar. Apple Intelligence sepatutnya adalah lebih baik kerana integrasi ChatGPT. Namun, setelah saya mencuba Apple Intelligence, hanya ‘writing tools’ yang kerap digunakan setiap hari.
Tugasan lain, saya terus menggunakan aplikasi ChatGPT yang memang sudah mahir dalam bahasa Melayu.
{suggest}
Sumber: 9to5mac