Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini Disember 4, 2025 oleh Amalina Athman

Sebelum ini, Google hanya menggunakan istilah samar seperti “akses terhad” atau “akses tertinggi” untuk Gemini, membuatkan pengguna kurang pasti tentang had sebenar penggunaan.

Kini, Google mendedahkan had penggunaan Gemini bagi pengguna percuma dan berbayar dengan penjelasan terperinci setiap tahap langganan.

Bagi akaun percuma, model Thinking dengan Gemini 3 Pro dihadkan kepada akses asas dan akses umum (2.5 Flash). Janaan dan suntingan imej turut diberikan akses asas.

Pelanggan Google AI Plus mempunyai sehingga 5 kali melebihi akses asas bagi model Thinking dengan Gemini 3 Pro. Sama seperti versi percuma, pengguna AI Plus turut diberi akses asas untuk menghasilkan atau menyunting imej. Janaan video menggunakan Veo 3.1 Fast pula diberikan akses terhad.

Pelanggan pelan Google AI Pro pada harga RM97.99/bulan mempunyai lebih 20 kali melebihi akses asas bagi model Thinking dengan 3 Pro, akses tertinggi untuk suntingan dan janaan imej, serta akses yang diperluas untuk janaan video menggunakan Veo 3.1 Fast.

Gemini limit_

Sementara itu, pelan Google AI Ultra yang ditawarkan pada RM1,229.90 sebulan memberikan akses tertinggi. Pengguna pelan ini mempunyai akses tertinggi untuk janaan dan suntingan imej, serta janaan video menggunakan Veo 3.1 setiap hari.

Akaun AI Plus, Pro dan Ultra turut diutamakan untuk akses awal ke beberapa ciri baharu.

Namun begitu, Google menjelaskan jumlah arahan yang boleh digunakan sebelum mencapai had bergantung kepada beberapa faktor, termasuk panjang dan kerumitan arahan, saiz dan bilangan fail yang dimuat naik, serta tempoh perbualan dengan aplikasi Gemini.

Had penggunaan boleh berubah dari semasa ke semasa, dan aplikasi Gemini akan memberikan notifikasi apabila hampir mencapai had untuk sesuatu tempoh.

Berkaitan

  • Orang Kata Telefon Lipat Sama Je, Tapi Ciri Pada vivo X Fold5 Ni Buat Anda Fikir Balik
  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini
  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'
  • Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY