Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Gemini nano banana_

Populariti Melonjak, Nano Banana Catat Lebih 10 Juta Pengguna Baharu Gemini

Diterbitkan September 8, 2025 · Dikemas kini September 8, 2025 oleh Amalina Athman

Google baru-baru ini memperkenalkan model penjanaan dan penyuntingan imej kecerdasan buatan (AI) baharu yang dikenali ‘Nano Banana’. Kini, syarikat itu berkongsi betapa popularnya ciri baharu tersebut.

Sejak dilancarkan pada 27 Ogos, eksekutif Google Josh Woodward berkata lebih 200 juta imej telah disunting menggunakan ciri ini, dengan lebih 10 juta pengguna Nano Banana merupakan pengguna baharu Gemini.

🍌update:
200M+ images edited
10M+ people are new to @GeminiApp – welcome!
TPUs red hot
SRE pagers howling

— Josh Woodward (@joshwoodward) September 4, 2025

Populariti ciri penyuntingan imej ini turut mendorong muat turun aplikasi, menjadikan Google Gemini kini berada di tangga kedua bagi kategori aplikasi percuma di Apple App Store dan Google Play Store.

Buat pengetahuan, nama rasminya ialah Gemini 2.5 Flash Image, tetapi Google sendiri lebih kerap menggunakan nama kod Nano Banana di pelbagai platform dan terus “melekat” hingga kini.

Malah, kini terdapat emoji pisang dalam bar arahan Gemini, nama Nano Banana dipaparkan dalam AI Studio, serta wujud juga akaun rasmi @NanoBanana di platform X.

Model penyuntingan imej ini popular kerana kemampuannya mengekalkan konsistensi watak. Ia juga membolehkan pengguna menggabungkan beberapa imej, menukar latar belakang dan sebagainya.

Ketika ini, terdapat beberapa prompt yang sedang tular di seluruh dunia, dan salah satunya ialah penjanaan imej gaya figura yang membolehkan foto ditukar menjadi karakter kreatif dengan hanya satu arahan.

Walaupun begitu, pengguna disarankan untuk menggunakan ciri ini secara berhemah bagi mengurangkan pembaziran sumber tenaga AI.

Berkaitan

  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita
  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini 'Nano Banana'

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY