Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google AI Plus Plan

Google Lancar Pelan AI Plus Di Malaysia – Akses Gemini 2.5 Pro & 200GB Storan, Harga RM23.99 Sebulan

Diterbitkan Oktober 9, 2025 oleh Amsyar Latif

Selepas OpenAI memperkenalkan ChatGPT Go di Malaysia pada harga RM38.99 sebulan, kini tiba giliran Google melancarkan pelan Google AI Plus, menawarkan akses kepada rangkaian alat AI premium dengan harga lebih mampu milik, RM23.99 sebulan.

Pelan baharu ini memberi pengguna di Malaysia akses kepada model Gemini 2.5 Pro, teknologi AI tercanggih Google untuk soalan kompleks dan tugasan analisis dokumen berskala besar.

Pengguna juga boleh menikmati had lebih tinggi untuk penjanaan imej dan suntingan (Nano Banana) serta menggunakan model penjana video Veo 3 Fast terus dalam aplikasi Gemini, Whisk dan Flow.

Selain keupayaan kreatif, AI Plus turut menyepadukan Gemini ke dalam Gmail, Docs, Sheets dan aplikasi Workspace lain, membolehkan pengguna menulis e-mel profesional, mencipta pelan projek atau menyediakan dokumen dengan lebih cepat dan efisien.

Pelan ini juga disertakan dengan 200GB storan tambahan merangkumi Photos, Drive dan Gmail.

Menariknya, faedah pelan ini boleh dikongsi dengan sehingga lima ahli keluarga, menjadikannya pilihan berbaloi untuk mereka yang ingin menikmati pengalaman Google berasaskan AI secara menyeluruh.

Screenshot 2025-10-09 at 11.43.31 AM

Untuk masa terhad, pelanggan baharu akan menerima diskaun 50% bagi enam bulan pertama. Pelan Google AI Plus kini tersedia kepada semua pengguna di Malaysia.

Berkaitan

  • ‘Trade-In’ Dengan Maxis, Dapat Telefon Baru Dari RM0
  • Ini Had Penggunaan Gemini Untuk Akaun Percuma, Plus, Pro Dan Ultra
  • ChatGPT Go Kini Rasmi Di Malaysia – Pelan Langganan Mampu Milik Pada Harga RM38.99/bulan

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Apple Creator Studio Terima Ciri AI Baharu, Pembantu AI Kini Dalam Keynote, Pages Dan Numbers
  • Apple Lancar iMac M6, Harga Malaysia Bermula RM6,499
  • MacBook Pro 14 Inci Dengan Cip M6 Kini Rasmi - Harga Bermula RM8,299
  • Siri vivo X500 Kini Tiba Di Malaysia, Harga Bermula RM4,699
  • Malaysia Antara 10 Negara Dengan Penggunaan Data Mudah Alih Tertinggi Di Dunia
  • 2 Laptop ASUS Dipacu RTX Spark Dengan RAM 48GB Tiba Di Malaysia
  • ACE Malaysia 2026 Tampilkan Penggunaan AI Setempat Untuk Perniagaan
  • Lebih Ramai Percaya AI Akan Menyebabkan Manusia Hilang Pekerjaan
©2026 WISER.MY