Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Google Gemini Apps

Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini

Diterbitkan Ogos 14, 2025 oleh Amalina Athman

Google hari ini mengumumkan beberapa ciri baharu untuk Gemini, termasuk “Personal Context” yang membolehkan chatbot AI itu mengingati perbualan terdahulu tanpa perlu diingatkan.

Dengan tetapan ini diaktifkan, Gemini secara automatik akan mengingati butiran penting dan pilihan pengguna, sekali gus menjadikan respons lebih semula jadi dan relevan.

Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini

Sebagai contoh, jika sebelum ini pengguna pernah meminta Gemini merumuskan kuasa watak dalam komik kegemaran, kini apabila diminta mencari idea tema majlis hari jadi, Gemini mungkin mencadangkan sambutan berinspirasikan watak tersebut.

Menurut Google, ciri ini mula dilancarkan secara berperingkat hari ini melalui model 2.5 Pro, dan dijangka tersedia untuk semua pengguna dalam beberapa minggu akan datang.

Apabila tersedia, halaman Personal Context baharu akan menggantikan tetapan “Saved info” sedia ada dalam menu akaun. Tetapan “Your past chats with Gemini” akan diaktifkan secara default, namun boleh dimatikan pada bila-bila masa.

Dalam perkembangan berkaitan, ciri “Temporary Chat” membolehkan pengguna berbual dengan Gemini tanpa menjejaskan perbualan pada masa hadapan. Ia diibaratkan seperti menggunakan Google Search dalam mod Incognito atau mod Temporary Chat di ChatGPT.

Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini

Perbualan Temporary Chat tidak akan muncul dalam senarai perbualan terkini atau aktiviti aplikasi Gemini, dan tidak akan digunakan untuk memperibadikan pengalaman Gemini mahupun melatih model AI Google.

Perbualan ini hanya disimpan sehingga 72 jam bagi membolehkan sistem memberi respons serta memproses sebarang maklum balas yang dikongsi pengguna.

Google turut membuat perubahan pada tetapan privasinya. Dalam beberapa minggu akan datang, tetapan Gemini Apps Activity akan ditukar nama kepada Keep Activity.

Apabila pilihan ini diaktifkan, Google akan menggunakan sebahagian sampel fail dan foto yang dimuat naik ke Gemini untuk membantu meningkatkan perkhidmatannya.

Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini

Google menjelaskan bahawa Keep Activity akan kekal dimatikan sekiranya tetapan Gemini Apps Activity sebelum ini telah dinyahaktifkan.

Berkaitan

  • Cara 'Install' Play Store Di Peranti Huawei
  • Kini Anda Boleh Tukar Gambar Kepada Video Dengan Gemini
  • Gemini 2.5 Pro Kini Aktif Dalam Search – Jawapan Lebih Tepat, Lebih Laju
  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Projek Pusat Data Tidak Akan Diluluskan Di Negeri Yang Kekurangan Bekalan Air - Johari Ghani
  • Siri vivo X500 Dijual Mulai 3 November, Tawar Ganjaran Lebih RM3,400
  • Straw Kertas Tidak Semestinya Lebih Mesra Alam Daripada Plastik - Kajian Penyelidik Korea Selatan
  • Scammer Dilapor Ambil Kesempatan 'Hype' Emulator PS5 Dengan Sebar Malware Kepada PC Pemain
  • China Nafi Dakwaan Jensen Huang Jadi Sasaran Pengintipan
  • Korea Selatan Rancang Dakwa Pelajar Menipu Dalam Peperiksaan Guna Cermin Mata Pintar
  • Krisis Bekalan Memori Dijangka Lebih Parah Pada 2027 - Samsung
  • Binance Digodam, AS$6.3 Bilion Aset Terjejas Dalam Kecurian Kripto Terbesar
©2026 WISER.MY