Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini ‘Nano Banana’

Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini ‘Nano Banana’

Diterbitkan Ogos 27, 2025 ยท Dikemas kini Ogos 27, 2025 oleh Amalina Athman

Google hari ini memperkenalkan model penjanaan dan penyuntingan imej kecerdasan buatan (AI) terkini, iaitu Gemini 2.5 Flash Image atau dikenali sebagai ‘Nano Banana’.

Semua pengguna Gemini, sama ada berbayar atau percuma, kini boleh menggunakan keupayaan Nano Banana dalam aplikasi Gemini. Model yang dinaik taraf ini juga akan tersedia di Gemini API, Google AI Studio, dan Vertex AI.

Dari segi keupayaannya, pengguna hanya perlu memuat naik satu gambar dan nyatakan perubahan yang dikehendaki untuk mencipta sentuhan unik. Aplikasi ini membolehkan pengguna menggabungkan beberapa imej, menukar latar belakang atau menempatkan diri di mana-mana lokasi di dunia, dengan rupa kekal konsisten.

Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini ‘Nano Banana’

Setelah selesai, imej AI yang dihasilkan juga boleh dimuat naik semula ke Gemini untuk dijadikan video menarik.

Semua Pengguna Kini Boleh Cuba Janaan Imej Gemini ‘Nano Banana’

Contoh lain, pengguna juga boleh menukar kostum, mencuba profesion berbeza atau mencampurkan reka bentuk mengikut kreativiti.

https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/27105931/Character_consistency_TR7mVxk.mp4
https://wiserspace.sgp1.digitaloceanspaces.com/wp-content/uploads/2025/08/27111037/Blend-photos-together.mp4

Perlu diketahui bahawa semua imej yang dihasilkan atau disunting dalam aplikasi Gemini akan disertakan tera air (watermark) yang kelihatan dan tera air digital SynthID yang tidak kelihatan, bagi menunjukkan bahawa imej tersebut dijana oleh AI.

Berkaitan

  • Google Gemini Kini Boleh Hasilkan Buku Cerita
  • Google Perkenal Dua Ciri Baharu Dalam Gemini
  • Ramai Terpedaya Beli Tablet Murah, Ini Alternatif Yang Berbaloi
  • AI Mode Dalam Google Search Kini Tersedia Di 180 Negara

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • 10 Model Telefon Pintar 2026 Dengan Kamera Terbaik Menurut DXOMARK
  • 7 Pengasas Anthropic Kini Pegang Kepentingan Syarikat Bernilai Lebih RM88 Bilion Seorang
  • TikTok Lancar Ciri Kesan Deepfakes Bantu Pengguna Kenal Pasti Kandungan AI
  • Pengguna Canva Kini Boleh Matikan Ciri AI Generatif, Hadkan Kandungan Dijana AI
  • Yoghurt Beku (Yobe) Kini Terus Ke Rumah Anda Dengan foodpanda
  • Singapura Mula Tanggalkan Gantri ERP, Caj Jalan Raya Guna Satelit Mulai 1 Januari 2027
  • 3 Headphone ANC Bawah RM600
  • Ribuan Pekerja Anthropic Kini Jadi Jutawan Selepas Disenarai Di Wall Street
©2026 WISER.MY