Permainan mudah alih merupakan satu bentuk hiburan yang menjadi minat sebahagian besar daripada pengguna peranti telefon pintar. Mana tidaknya, kebanyakan permainan mudah alih yang tersedia adalah percuma, menarik dan mudah untuk didapati.
Oleh itu, tidak mustahil jika kita melihat sesebuah aplikasi permainan di Google Play Store itu telah dimuat turun berpuluh mahupun ratusan juta kali. Walau bagaimanapun, antara permainan yang sedia ada, berikut 4 mobile games yang telah mencapai bilangan muat turun sebanyak 1 bilion kali dan ke atas.
{suggest}
My Talking Tom
My Talking Tom merupakan sebuah permainan yang membolehkan anda bermain dan berkomunikasi dengan seekor kucing maya yang bernama Tom. Anda boleh membuatnya gembira dan menolongnya menerokai dunianya.
- Pembangun: Outfit7 Limited
- Status: Percuma untuk dimuat turun
- Penilaian: 4.5 bintang (17.3 juta ulasan)
Candy Crush Saga
Candy Crush merupakan sebuah permainan mudah alih bertemakan puzzle yang paling dikenali berbanding yang lain. Menawarkan gaya permainan yang berbeza dan menarik dalam setiap tahap (level) yang terdiri daripada beribu tahap untuk anda cuba.
Tidak lupa juga bahawa ini merupakan antara permainan mudah alih yang diminati oleh ibu bapa kita.
- Pembangun: King
- Status: Percuma untuk dimuat turun
- Penilaian: 4.6 bintang (34.1 juta ulasan)
Subway Surfers
Subway Surfers merupakan sebuah permainan nostalgia yang telah lama muncul di Play Store. Gaya permainan yang menarik di mana anda perlu mengelak daripada halangan dan kereta api yang akan muncul untuk lari daripada ditangkap polis.
Tambahan lagi, semakin jauh dan lama anda bermain, kelajuan larian anda semakin laju dan makin mencabar untuk anda mengelak.
- Pembangun: SYBO Games
- Status: Percuma untuk dimuat turun
- Penilaian: 4.6 bintang (38.5 juta ulasan)
Garena Free Fire: Rampage
Free Fire merupakan permainan mudah alih dengan konsep ‘Battle Royale’ yang paling banyak dimuat turun dalam kelasnya berbanding permainan yang lain seperti PUBG: Mobile, Call of Duty: Mobile – Garena, Apex Legends dan lain-lain.
Setakat ini, Free Fire telah pun mempunyai kandungan permainan sampai ke musim 13 dan sangat terkenal dalam kalangan anak-anak muda tempatan berbanding permainan ‘Battle Royale’ yang lain.
Ia mungkin disebabkan keperluan spesifikasi yang mesra peranti dan mudah dimainkan.
- Pembangun: Garena International
- Status: Percuma untuk dimuat turun
- Penilaian: 3.9 bintang (109 juta ulasan)