Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Senarai
  • Harga
  • Hubungi Kami
WISER.MY
Jatuhkan Pesaing Anda, Fall Guys Kini Percuma Untuk Semua Platform

Jatuhkan Pesaing Anda, Fall Guys Kini Percuma Untuk Semua Platform

Diterbitkan Jun 21, 2022 oleh Firdaus

Pembangun permainan video Fall Guys, Mediatonic telah mengumumkan permainan tersebut kini menjadi percuma untuk semua pemain.

Semenjak dilancarkan pada 2020, Fall Guys telah berjaya menambat hati ramai pemain atas faktor gaya permainan yang unik, menghiburkan dan ramai orang mempunyai masa yang lapang dek kerana perintah berkurung pandemik Covid-19.

Bilakah Fall Guys versi percuma dilancarkan?

Jika diikutkan, Fall Guys Season 1: Free For All telah pun boleh dimuat turun secara percuma. Walaupun begitu, setiap kawasan mempunyai masa yang berbeza untuk memuat turunnya. Anda boleh mendapatkan butiran waktu pelancaran di bawah ini:

  • United Kingdom – 1 PM BST
  • Eropah – 2 PM CEST
  • Pantai Timur Amerika Syarikat – 8 AM EST
  • Pantai Barat Amerika Syarikat – 5 AM PST

Platform yang menyokong Fall Guys.

Seperti “orang mengantuk disorongkan bantal’, Mediatonic telah menyatakan Fall Guys Season 1: Free For All ini akan tersedia untuk semua platform seperti PC dan konsol.

Oleh itu, permainan video ini boleh dimuat turun secara percuma untuk PlayStation 4|5, Xbox Series S|X & Xbox One, Switch dan PC. Untuk mereka yang akan bermain di PC, anda boleh mendapatkan Fall Guys ini dalam Epic Games Store sahaja.

Dengan pelancaran ini, pemain boleh mendapatkan Pek Legasi pada 21 Jun ini. Pek tersebut terdiri daripada kostum Veggie Dog, Feisty Dwarf, Regal, nickname, papan nama dan yang paling menarik adalah Season Pass untuk musim pertama ini.

Sumber: NME

Gambar utama: Fall Guys

Baca juga:

  • Free Fire Kini Ada Logo Baharu, Akan Ada Peningkatan Grafik Julai Depan
  • Baru 2 Minggu Pelancaran, Diablo Immortal Kutip Lebih RM100 Juta
  • Pelancaran Diablo Immortal Di Malaysia Ditangguh, Tapi Ada Hadiah Sebagai Ganti

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA

Terbaru

  • Kami Suruh AI Tukar Kindle Lama Ini Kepada Fret Gitar Elektrik & Main Solo Atasnya
  • AEON Bank Perkenal 'Financial Purr-Sona' - Ciri AI Untuk Kenal Pasti Persona Kewangan Pengguna
  • Apple Akui Isu Skrin iPhone Duo Retak, Hanya Sebilangan Kecil Unit Terjejas
  • YouTube Sasar Guna Codec AV2 Di Web Seawal 2027
  • Meta Janji, Muse AI Tidak Akan Dipenuhi Iklan
  • Teknologi Tayar Sembuh Sendiri USM Berjaya Diuji Di Litar Lumba
  • (Ulasan) HONOR 600S — Tahan Lasak Dengan Bateri 8,100mAh, Tapi Bukan Untuk Semua Orang
  • Microsoft Tawar Pakej Berhenti Sukarela Kepada 60,000 Pekerja, Terus Labur Besar Dalam AI
©2026 WISER.MY